Arif dilahirkan pada 31 Mac 2017, dan merupakan cahaya mata pertama pelakon Tya Ariffin dan suami, Asyraf Khalid yang mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu.
Menurut bapa Arif, Asyraf Khalid menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram miliknya, perancangan meraikan majlis di rumah Titian Kasih tersebut tercetus daripada idea bersama isteri.
Demi Arif juga, segala aktiviti yang berlangsung sepanjang majlis tersebut juga dilakukan sendiri ibunya, Tya.
Ramai yang memuji tindakan ibu bapa Arif yang memilih untuk meraikan sambutan ulang tahun pertama bayi yang sering menjadi perhatian ramai di Instagram ini dengan golongan yang tidak bernasib baik sekali gus berkongsi kegembiraan bersama mereka.
Ariff juga merupakan salah seorang calon Top5 Si Cilik MeleTOP, Anugerah Era MeleTOP 2018 yang bakal berlangsung pada 8 April depan.
Sumber Arif Jiwa sambut hari jadi bersama anak yatim