KUALA LUMPUR, 14 April — Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui sukar tidur malam terkenangkan Mona Fandey selepas menonton filem Dukun.
Neelofa, 29, berkata Mona pernah menjadi jirannya di Kelantan dan rumah wanita itu hanya “berdepan dengan rumahnya”, lapor Sinar Harian.
“Saya tak boleh tidur dua malam lepas menonton filem tersebut, lebih-lebih lagi bila bertemu dengan ahli keluarga yang ada gambar bersamanya, makan masakannya.
“Jadi macam rasa dekat sangat,” kata usahawan tudung Naelofar.
Mona Fandey dituduh membunuh wakil rakyat Batu Talam, Datuk Idros @ Mohamad Mazlan Idris, pada Julai 1993 di Ulu Dong, Pahang.
Filem kontroversi dikatakan ilham dari kes Mona arahan Dain Said itu mengutip jualan tiket RM6.2 juta selepas empat hari tayangan.
‘Terperam’ 12 tahun, ia dibintangi pelakon Umie Aida, Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Elyana dan Bront Palarae.
Sumber Berjiran dengan Mona Fandey, Neelofa sukar tidur kerana ‘Dukun’
Tags:
PMMO