KEMAMAN, 5 April — Seorang peniaga keropok di Geliga, di sini meraih pendapatan RM18,000 sebulan setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus.
Rohani Awang @ Mamat, 51, memulakan perniagaan Keropok Cap Intan pada 1997 demi menampung kos rawatan ibunya yang sakit buah pinggang.
Bermula dengan kedai yang disewa tanpa bekalan api dan air, beliau kemudian ada kedai sendiri dan mengupah 18 pekerja, lapor Sinar Harian bulan lalu.
"[...] akhirnya Kak Ani dapat pindah ke kedai yang dijual pada harga RM13,000 di Gelima lima tahun kemudiannya,” kata bekas kerani itu.
“Sekarang sudah 16 tahun kedai keropok Cap Intan ini beroperasi di Geliga dan setakat ini Kak Ani ada seramai 18 pekerja.”
Ibu dua anak ini yang dibantu suaminya Fadzli Muda, 55, menghasilkan 4,000 batang keropok lekor dan 130 kilogram keropok keping setiap hari.
Sebatang keropok lekor dijual 50 sen, keropok keping ikan sekilogram manakala RM20 sekilogram bagi keropok kanji dan keropok kanji bawang.
Tidak jauh dari masjid Kampung Kuala Kemaman dan SK Kampung Tengah, ia juga menjual keropok lekor vakum, satar gulung, isi satar dan rempah pais.
Jika mahu ke sini, taip Keropok Cap Intan di peta Google dan Waze telefon anda. Semak juga Facebook Keropok Cap Intan atau hubungi 012 948 6174 dan 012 956 1478.
Sumber Biar susah, kini raih RM18,000 jual keropok