“Boleh Pergi Meninggal!” – Nabila Huda

“Boleh Pergi Meninggal!” – Nabila Huda
Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa kesal dengan tindakan sebuah syarikat produksi yang mendiamkan diri apabila tawaran berlakon untuknya dibatalkan di saat akhir.
 
Kata Nabila, dia berasa terkilan kerana tidak diberitahu mengenai perkara itu sedangkan dia sudah mengosongkan jadualnya mengikut perancangan awal.
Instagram @kupu_kupu
 Anak kepada penyanyi Amy Search ini meluahkan rasa geram menerusi Insta Story miliknya semalam.
 
“Lain kali kalau tak jadi ambil berlakon atau ada pelakon pilihan lain, beritahu! Kau suruh block, selepas itu diam! Kau ingat aku ada masa ke nak tunggu?
 
“Aku ada kerja lain selain nak tunggu kau. Kalau tak mampu nak bayar cakap. Kalau bajet kecil atau tv station mahukan orang lain cakaplah.
 
“Aku tak ada masalah nak kecil hati atau apa-apa, kena beritahu barulah boleh ganti dengan kerja lain,” tulisnya.
instagram @kupu_kupu
 Bagaimanapun, kata Nabila selepas ini dia akan bertegas dan meminta wang pendahuluan terlebih dahulu untuk memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan.
 
“Sebenarnya kita yang bodoh, dapat job orang suruh kosongkan jadual kita buat. Seminggu nak shoot dari tarikh yang dijanjikan tiba-tiba job cancel.
 
“Lepas itu apa jadi? Ternganga la kan? Dorang buat apa? Teruskan kehidupan macam biasa. Kita yang terkapai-kapai fikir nak selesaikan bayaran itu ini.
 
“Jadi cara yang terbaik, siapa yang comfirm dan suruh blocked sila bagi booking payment. No booking fees, boleh pergi meninggal!” coretnya.
instagram @kupu_kupu
 
 

Sumber “Boleh Pergi Meninggal!” – Nabila Huda

Post a Comment

Previous Post Next Post