PETALING JAYA, 10 April ― Penetapan tarikh mengundi pada hari bekerja melanggar hak pengundi, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata amat sukar bagi pemilih yang berada di luar kawasan untuk balik mengundi pada Rabu, 9 Mei depan.
“Sepatutnya tarikh pada hujung minggu tetapi mereka tetapkan pada Rabu, pertengahan minggu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
“Mereka yang bekerja di luar negara tidak sempat pulang dan [langkah] ini satu cara menipu hak pengundi membuang undi semasa pilihan raya nanti.”
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 28 April ini, sementara tempoh berkempen pula selama 11 hari.
Baca seterusnya di Malay Mail
Sumber Dr M: Hari kerja kena mengundi ‘cara tipu pengundi’
Tags:
PMMO