Dr Mahathir minta maaf gelar kaum India ‘keling’

Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf menggunakan perkataan 'keling' kepada etnik India. — Gambar oleh Firdaus LatifTun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf menggunakan perkataan 'keling' kepada etnik India. — Gambar oleh Firdaus LatifPETALING JAYA, 10 April ― Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kerana menggelarkan kaum India di negara ini sebagai “keling”.

Pengerusi Pakatan Harapan berkata beliau sudah terbiasa dengan perkataan itu dan tidak bermaksud untuk mengguris sensitiviti mana-mana pihak.

“Saya minta maaf kepada masyarakat India kerana menggunakan perkataan ‘keling’... saya minta maaf jika saya menyebabkan mereka marah,” katanya.

“Saya tidak bermaksud untuk menghina sesiapa tetapi sejak saya kecil saya sudah biasa guna perkataan itu. Tetapi sekarang ia dianggap menghina.”

Dr Mahathir menyebut perkataan itu dalam satu acara di Kedah Ahad lalu.

Susulan itu, beberapa tokoh kaum India, termasuk yang dekat dengan Pakatan Harapan, mendesak bekas perdana menteri itu berhenti mengulanginya.

Perkataan ini pada asalnya tidak dianggap menghina tetapi sejak kebelakangan ini dianggap perkataan mengeji etnik India.

Pada 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka disaman kerana perkataan tersebut masuk di dalam daftar kata kamus yang diterbitkan agensi kerajaan itu.

Namun mahkamah pada 2009 memutuskan DBP berhak mengekalkan perkataan itu.

Baca seterusnya di Malay Mail



Sumber Dr Mahathir minta maaf gelar kaum India ‘keling’

Post a Comment

Previous Post Next Post