Guna Akta 655 jika isu ambil alih air gagal dimuktamadkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan persekutuan sedia menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Air 2006 (Akta 655) sekiranya perjanjian utama pengambilalihan konsesi air antara kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) gagal dimuktamadkan pada 4 Julai ini.

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata perkara itu akan ditimbangkan atas dasar kepentingan negara demi memastikan masalah bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat diselesaikan.

"Perjanjian utama telah dilanjutkan buat kali ketiga kepada 4 Julai 2018. Justeru kerajaan persekutuan berpandangan setakat ini belum timbul keperluan untuk menguatkuasakan Seksyen 114 Akta 655," katanya menjawab soalan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Sekysen 114 Akta 655, kerajaan persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara mempunyai hak untuk mengambil alih kawalan operasi pihak konsesi.

-- BERNAMA



Sumber Guna Akta 655 jika isu ambil alih air gagal dimuktamadkan

Post a Comment

Previous Post Next Post