Lebih 38,000 sertai Standard Chartered KL Marathon 2018

KUALA LUMPUR: Hari ini berlangsungnya acara larian Standard Chartered KL Marathon yang memasuki ulang tahun ke-10 penganjuran.

Edisi tahun ini merupakan yang terbesar dengan lebih daripada 38,000 peserta mengambil bahagian, membabitkan tajaan daripada Standard Chartered Malaysia bersama dengan Brooks, Lucozade, Seiko dan Pasifik.

Edisi tahun ini merupakan yang terbesar dengan lebih daripada 38,000 peserta mengambil bahagian.
Acara larian ini terbahagi kepada beberapa kategori, antaranya Individu, Korporat, Kanak-Kanak, Universiti, dan Kementerian dengan jarak larian dari 1 hingga 42.2 kilometer.

Tahun ini juga menyaksikan persaingan beberapa pelari maraton tanah air seperti Muhaizar Mohamad, Leo Tan, Nik Fakaruddin dan Ow Yong Jin Kuang yang mencatat kejayaan peribadi di acara Tokyo Marathon, baru-baru ini.

 Bermula kira-kira jam 6 pagi tadi, acara larian ini terbahagi kepada beberapa kategori dengan jarak larian dari 1 hingga 42.2 kilometer.
Sementara itu, Astro AWANI juga tidak melepaskan peluang memeriahkan acara larian melalui penyertaan beberapa personalitinya iaitu Khairunissa Kasnoon, Marlina Manaf, Mohd Dzulfitri Md Yusof, dan Nazri Kahar.

Personaliti Astro AWANI Marlina Manaf (kanan) dan Nazri Kahar (kiri) turut menyertai larian.

Sebanyak 26 buah jalan ditutup hingga jam 12 tengah hari ini untuk memberi laluan kepada acara ini.

Standard Chartered KL Marathon merupakan acara larian utama yang menempatkan Malaysia dalam kalendar acara global.



Sumber Lebih 38,000 sertai Standard Chartered KL Marathon 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post