Lebih Separuh Sekolah Di Negara Ini Dijadikan Pusat Pengundian

Lebih Separuh Sekolah Di Negara Ini Dijadikan Pusat Pengundian

Hari mengundi bermakna hari cuti buat murid sekolah! (Gambar: Berita Harian dan SPR)

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah pun diumumkan iaitu pada 9 Mei (Rabu).

Pasti ramai dalam kalangan anda tidak senang dengan pemilihan hari berkenaan kerana tidak dibuat pada hujung minggu.

Ibu bapa pula pasti terbeban sekiranya sekolah tidak diberikan cuti pada hari berkenaan.

Cuti peristiwa bagi semua sekolah 9 Mei ini!
Berita baik bagi anda semua, hari ini Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah pun mengumumkan cuti peristiwa khas pada 9 Mei ini kepada semua sekolah di seluruh negara.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas mendapati lebih daripada separuh jumlah sekolah di negara ini telah dijadikan pusat pengundian.

Difahamkan, 6,941 daripada 10,180 Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan di seluruh negara menjadi pusat pengundian dalam PRU-14 nanti.

“Biarpun hanya 6,941 sekolah menjadi pusat pengundian dalam PRU-14 nanti,  kita berikan cuti peristiwa khas kepada semua sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan, " katanya menerusi Harian Metro.

SEBANYAK 222 KERUSI PARLIMEN DIPERTANDINGKAN

Sudahkah anda bersedia?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pada hari Rabu manakala 28 April sebagai tarikh penamaan calon.

Bagi pengundian awal pula, tarikh 5 Mei dipilih dan tempoh berkempen bagi PRU14 adalah 11 hari.

Untuk makluman anda, seramai 14, 636,716 pengundi layak mengundi berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan.

Pilihan Raya Umum kali ini melibatkan 222 kerusi Parlimen serta 555 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).



Sumber Lebih Separuh Sekolah Di Negara Ini Dijadikan Pusat Pengundian

Post a Comment

Previous Post Next Post