Walaupun Manny Pacquiao yang juga kini seorang ahli politik di Filipina tidak meletakkan sebarang sasaran dalam perlawanan itu, beliau berjanji akan memberi persembahan terbaik dan bertenaga untuk penonton yang akan hadir kelak.
“Saya rasa perlawanan itu akan menjadi pertarungan yang mudah untuk saya.
“Tetapi saya tidak akan memandang rendah terhadapnya dan perlu bekerja kuat bagi mencapai tahap 100 peratus untuk berentap dengan beliau,” kata beliau ketika majlis Sidang Media Pertarungan antara Juara membabitkan dua peninju berprofil tinggi itu, di ibu negara.Berikut adalah pandangan Pacquiao tentang lawannya:
Bagi Lucas Matthysse pula, beliau tidak langsung tertekan berdepan dengan The Pac Man malah cukup yakin menewaskannya secara “knockout” sebelum pusingan ke-12. “Sekalipun beliau mengetahui corak pertarungan saya, perkara yang lebih penting ialah persediaan rapi untuk bertarung dengannya,” kata beliau.
Beliau yang terkenal dengan gelaran The Machine, tidak langsung gentar berdepan legenda itu yang juga idola beliau malah akan bersedia segala-galanya untuk memenangi perlawanan itu.
Axiata Arena bakal menjadi medan 'pertarungan antara juara' yang merupakan perlawanan tinju terhebat selepas kali terakhir pada Julai 1975 Muhammad Ali dengan Joe Bugner.
Bagi para peminat sukan tinju yang ingin menyaksikan pertarungan hebat itu, tiket boleh mula didapati melalui laman web https://ift.tt/2Jbe44H bermula 21 April.
Sumber Manny Pacquiao janji aksi penuh bertenaga, Matthysse tak gentar berentap idola sendiri