'MashaAllah, it’s really sad' - Netizen tergamam melihat keadaan AEON Tebrau

“I am only interested to speak on how much the amount of money could have helped THOUSANDS of indeed really needy families.”
Video TMJ membelanjakan kepada semua pelanggan di AEON Tebrau sebanyak RM 3,000 setiap orang semalam menjadi tular di media sosial.  Rata-rata netizen memuji sikap TMJ yang memberikan mereka sumbangan. Berdasarkan video tersebut, TMJ dan isterinya membuat pengumuman kepada pengunjung untuk mengambil apa sahaja barangan yang mereka mahukan di pasar raya itu dan kesemuanya di bawah tanggungan TMJ.
Pengumuman tersebut sudah pastinya disambut dengan gembira oleh pengunjung. Namun demikian, selepas kejadian tersebut, telah tersebar di media sosial beberapa keping gambar barang-barang yang telah rosak, dipercayai kerana ada beberapa pengunjung yang tidak sempat membayar barangan tersebut di kaunter.

Difahamkan, barangan yang  telah rosak telah dibayar sepenuhnya oleh TMJ. Persoalannya di sini, siapakah yang harus dipersalahkan? Di mana kah nilai-nilai murni rakyat Malaysia?

Nurainie haziqah melalui Twitter, melahirkan rasa sedih apabila melihat kejadian ini. Dia berpendapat masih ramai lagi  golongan yang memerlukan bukan sahaja di negeri Johor. Dia juga menjelaskan luahannya adalah berdasarkan jumlah yang dikeluarkan semalam sebenarnya boleh membantu beribu orang yang benar-benar memerlukan di luar sana. 
Ramai netizen bersetuju dengan pendapat Nurainie, tetapi ada juga sebilangan yang kurang setuju dengan apa yang diperkatakannya. Bagi mereka, mungkin kehadiran TMJ di sana satu kebetulan dan TMJ bermurah hati membelanjakan mereka.

Mereka juga menyatakan TMJ sebelum ini mungkin telah memberikan sumbangan yang lebih besar kepada golongan yang susah.


"This is what happened after ramai yang tak sempat bayar di kaunter di AEON Tebrau semalam. MashaAllah. It’s really sad.
"I’m genuinely sad because there’s really so many families, not just in Johor, indeed in need of help because they are really poor. Kalau kita nak membantu mereka yang susah, kita bantulah dengan sebaik mungkin.
"I have met so many families susah yang kiranya nak keluar rumah membeli barang rumah pun tak mampu. Some live with only BR1M, JKM or Zakat money. Please don’t insult our poor people. Truly sad.
"Guys, my point is clear. I am only interested to speak on how much the amount of money could have helped THOUSANDS of indeed really needy families. That's all.
"According to a reply from the AEON worker, he is paying for all the damages as well," tulis Nurainie Haziqah.


Sumber 'MashaAllah, it’s really sad' - Netizen tergamam melihat keadaan AEON Tebrau

Post a Comment

Previous Post Next Post