Masuk syurga sekeluarga: Norman Hakim

PELAKON Norman Hakim yang juga sebagai duta program tahunan World #QuranHour berhasrat mahu menjadikan program My Family #QuranHour sebagai trendsetter dalam kalangan masyarakat.

Norman berkata, sebelum ini kita sentiasa melihat World#QuranHour diadakan di institut pengajian tinggi awam dan Rumah Ngaji.

“Buat julung kali saya telah mengadakan doa selamat serta program My Family #QuranHour di kediaman saya di Ukay Perdana, selain ahli keluarga, saya turut menjemput pelajar dari Madrasah Tahfiz Darul Hidayah untuk bersama-sama mengimarahkan lagi program ini,” katanya.

Menurutnya, beliau menerapkan konsep  lead by example  untuk program yang bersesuaian untuk umat Islam.

“Tidak ada masalah jika ada keluarga sahabat artis lain yang mahu terlibat sama dalam My Family #QuranHour atau World#QuranHour, saya mengalu-alukan penglibatan mereka.

“Sebelum ini saya hanya buat doa selamat, tahlil dan bacaan Yasin, kini saya memberi sokongan kepada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dengan niat jalan ALLAH SWT, saya juga mahu masyarakat celik Al-Quran,” katanya.

Dalam program My Family #QuranHour, ustaz Muhamad Sufian Awang ari Akademi Sinergi Ikhlas telah memberi tazkirah mengenai sinopsis Surah Luqman.

My Family #QuranHour adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, satu ajakan untuk ‘Masuk Syurga Sekeluarga’ dengan definasikan peranan ayah, isteri, anak-anak dan datuk serta nenek mengikut acuan Al-Quran.



Sumber Masuk syurga sekeluarga: Norman Hakim

Post a Comment

Previous Post Next Post