Menghukum PPBM akan terkena pada BN, kata Zaid

Twitter pic

PETALING JAYA: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim tidak terkejut dengan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengenakan pembatalan pendaftaran sementara ke atas PPBM, dan berkata langkah itu akan terkena pada Barisan Nasional (BN).

Bekas menteri itu berkata pengundi yang menyokong bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan tetap mengundi untuk beliau.

“Akan ada impak positif, terutamanya buat Dr Mahathir,” katanya hari ini. “Rakyat akan tetap mengundi untuk beliau walau apapun bendera yang dibawa.”

JPPM hari ini mengenakan “pembubaran sementara” ke atas PPBM, kerana kegagalan parti itu gagal membekalkan dokumen di dalam tempoh masa yang diberikan sebelum ini.

PPBM yang ditubuhkan pada 2016 selepas pertelingkahan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diberi masa sebulan untuk membekalkan beberapa lagi dokumen yang diperlukan kepada JPPM.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran parti itu dibatalkan secara mutlak.

Perkembagan ini susulan daripada notis JPPM meminta parti itu menyerahkan minit mesyuarat pusat, bahagian dan cawangan, dalam siasatan ke atas ratusan aduan yang dibuat oleh ahli PPBM.

Nazri: PPBM parti nyamuk, pembubaran tak beri kesan



Sumber Menghukum PPBM akan terkena pada BN, kata Zaid

Post a Comment

Previous Post Next Post