Miliki Anak Autistik? Taman Tema Ini Dicipta Khas Untuk Anda

Miliki Anak Autistik? Taman Tema Ini Dicipta Khas Untuk Anda

Bakal dibuka secara rasmi pada 28 April ini. (Gambar: Sesame Street )

Tidak semua lahir dalam keadaan sempurna. Itu hakikat yang perlu masyarakat sedar.
 
Masalah autisme contohnya merupakan satu gangguan perkembangan otak kanak-kanak yang menyebabkan mereka mengalami pelbagai masalah.
 
Antaranya seperti masalah komunikasi, interaksi sosial, pemikiran dan emosi yang mampu menjejaskan pencapaian intelektual.
 
Namun, di sebalik masalah dihadapi ini, tidak semestinya kanak-kanak ini tidak berhak untuk bergembira dan mendapat keseronokan.
 
Perkara paling membimbangkan sekiranya ada dalam kalangan ibu bapa menganggap membawa anak autistik ini satu bebaban.

TAMAN TEMA PERTAMA MENDAPAT PENGIKTIRAFAN
 
Destinasi terbaru jika berhasrat untuk melancong ke luar negara.
Mungkin disebabkan ini jugalah pihak taman tema terbaru iaitu Sesame Street menawarkan sebuah pusat yang mesra autisme.
 
Pusat autisme ini adalah yang pertama di dunia.
 
Apa yang menjadikan ia diiktiraf sebagai mesra autime adalah suasananya yang lebih nyaman serta latihan yang komprehensif terhadap pekerja taman tema ini.
 
Kebanyakan pekerja perlu mendalami bagaimana kaedah terbaik untuk berdepan dengan kanak-kanak autistik.
 
Mereka juga diajar untuk mengawal emosi, cara berkomunikasi dan memahami sensitiviti golongan terbabit.
 
“Menjadi hasrat kami dalam menyediakan platform dan perkhidmatan bagi golongan autistik,” kata pihak Sesame Street menerusi akaun rasmi Facebook.

BAKAL MENJADI RUJUKAN TAMAN TEMA LAIN 

 
Taman tema Sesame Street yang terletak di Pennsylvania ini akan dibuka semula pada 28 April ini.
 
Diharapkan pembukaan taman tema sebegini akan diperluaskan ke taman tema lain terutama di Malaysia supaya golongan kurang bernasib baik turut mendapat peluang untuk berseronok.



Sumber Miliki Anak Autistik? Taman Tema Ini Dicipta Khas Untuk Anda

Post a Comment

Previous Post Next Post