“Minta Maaf Tapi Menghasut?” - Pengurus Che Ta

“Minta Maaf Tapi Menghasut?” - Pengurus Che Ta
Pengurus Rozita Che Wan, Afeeq Abd Wahab kesal apabila pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain menulis komen berbaur hasutan di media sosial terhadapnya.

Menerusi komen tersebut Zaihani atau Kak Zai turut menulis Afeeq merupakan pencetus isu ‘peha melimpah’.
Afeeq bersama Che Ta
“Saya tidak kisah dikatakan sebagai pencetus isu ini sehingga menjadi viral.

“Sebab saya hanya menyuarakan apa yang saya rasa sama seperti dia menyuarakan apa yang dia rasa.

“Tetapi kenapa bila saya tulis status di akaun media sosial peribadi saya, dia ‘sentap’?
Instagram @rozitachewan1
“Sedangkan apabila dia menulis status di Facebooknya tak ada sesiapun pun yang kata apa-apa kepada dia.

“Menerusi status yang saya muat naik sebelum ini, saya tidak ‘screenshot’ apa-apa pun yang dia tulis tetapi hanya memberi reaksi mengenai kenyataan dia!,” kata Afeeq kepada Rojak Daily Kaw!

Komen Zaihani yang dimuat naik Che Ta menerusi IGnya
Tambah Afeeq, dia tidak sangka ‘ikon fesyen’ pujaan ramai itu tidak ikhlas memohon maaf.

“Kononnya mohon maaf secara terbuka, tup-tup tinggalkan komen supaya pereka fesyen lain tidak berurusan dengan saya?

“Apa tu? Tolonglah...Nak buat apa-apa tu biarlah ikhlas ya...Bukan sebab terpaksa kerana orang sekeliling yang suruh,” katanya.
Instagram @rozitachewan1
Apa-apa pun kata Afeeq, dia tidak ambil kisah dengan kata-kata pengkritik fesyen itu kerana pernah dengar yang lebih ‘laser’ keluar daripada mulut wanita tersebut.

“Melampau apabila dia cuba menghasut orang lain untuk boikot saya kerana itu melibatkan perniagaan saya!

“Apa-apa sahajalah..Saya tidak mahu mengulas panjang, semoga dia lebih ikhlas dan berfikir panjang selepas ini,” katanya.
instagram @afeeqiqnarcio
Terdahulu, Zaihani memetik individu yang bertugas sebagai pengurus aktres Rozita Che Wan menjadi punca segalanya.

Menerusi salah sebuah entri seorang pereka fesyen tempatan, Zaihani menulis, pengurus Che Ta yang memulakan tindakan menularkan status ditulisnya di Facebook.



Sumber “Minta Maaf Tapi Menghasut?” - Pengurus Che Ta

Post a Comment

Previous Post Next Post