“Memang la Vietnam adalah syurga untuk korang yang kaki shopping. Tapi, korang kena tahu jugak bahaya yang bakal menanti kalo korang tak buat persediaan. Jadi, antara persediaan yang penting adalah baca pengalaman pelancong lain dulu.”
Vietnam adalah syurga bagi pelancong yang sukaaa sangat bershopping. Kalau korang berhajat nak beli tudung Naelofar tapi tak mampu beli kat Malaysia, kat Vietnam tudung ni murah-murah je. Itu belum lagi tengok pakaian wanita, kain ela dan periuk belanga yang buat korang rambang mata sampai nak beli semua benda!
Tapi kalau nak ke Vietnam tu berhati-hatilah. Ini kami nak kongsikan tujuh sisi gelap Vietnam yang ramai pelancong tak tahu supaya korang boleh lebih berjaga-jaga.
1. Barang dalam luggage selalu kena curi
Benda pertama yang korang kena jaga-jaga bila sampai dekat airport Vietnam ialah luggage korang. Masa tahun 2014 je, dekat 301 complaints yang airport Vietnam di Noi Bai dapat regarding kecurian barang dalam luggage.
Menurut seorang pelancong di Trip Advisor,
“Saya ada enam beg tapi hanya dua beg saya kena selongkar. Rasanya benda ni berlaku kat Saigon masa kami checked in dua jam awal. Setakat ni kami memang tak perasan ada apa-apa yang hilang. Tapi salah saya jugak sebab tinggalkan beberapa keping wang dalam beg yang buat mereka ‘tergoda’.”
Tips untuk prevent beg diselongkar ni mudah je.
√ Korang jangan letak apa-apa barang berharga dalam beg yang akan dicheck.
√ Korang boleh complain tentang kecurian ni dekat bahagian airport service dan dorang bayar ganti rugi ikut per kilogram beg korang.
√ Maybe korang boleh cuba wrap beg korang tu dengan plastik macam pelancong lain biasa buat.
Letak je barang berharga tu dalam beg tangan. Lebih selamat!
2. Selalu kena tipu beli barang mahal dari harga
Kalau korang jenis tak pro dalam tawar menawar, baik korang berhati-hati masa membeli barang kat Vietnam sebab takut korang bayar barang yang murah dengan harga yang superrr mahal!
Seorang blogger berkongsi pengalamannya semasa di Vietnam:
“Salah satu dari pengalaman buruk saya semasa di Mekong Delta. Masa tu saya nak naik bas ke Ho Chi Minh City dan berasa sangat dahaga. Jadi saya pun pergilah beli air biasa yang dijual di Vietnam. Perempuan yang menjual tu tengok semacam je dekat saya, lepas tu gelak dengan kawan-kawan dia.
“Salah seorang penumpang dekat dalam bas tu beritahu saya, ‘Dia tengah bagitahu kawan dia yang dia nak charged kau mahal dengan harga cekik darah sebab kau orang luar.'”
Pffttt! Nayalah pelancong yang kena tipu tu!
Untuk elakkan diri daripada ditipu, korang kena:
√ Jauhi restoran yang tak letak tanda harga. Jangan gatal-gatal nak masuk ke kedai macam tu sebab dorang memang tunggu je nak paw korang!
√ Sebelum nak order pape, pastikan korang tanya dulu harga makanan tu. Tak kiralah makan tepi jalan ke, dalam restoran ke. Kalau rasa dorang charge mahal, boleh je pergi makan kat kedai lain.
3. Kena scam dengan teksi
Sama macam kes kat atas, scam teksi kat Vietnam ni memang selalu sangat jadi. Pemandu teksi dorang ni jenis jalan pusing-pusing satu bandar just sebab dorang nak charge korang mahal. So pelancong yang baru datang ni selalu kena tipu bayar dua kali ganda daripada harga sebenar.
Ini pengalaman seorang pelancong di Trip Advisor:
“Satu hari tu saya ambil teksi dari District 1 (Ho Chi Minh City) dan bergerak dalam 3-5km. Bila driver tu turunkan saya, meter terpapar 65.0. Jadi saya ingat mestilah tambangnya dalam 65,000 Dong (RM11.00). Tapi masa nak bayar tu dia kata tambang harga 650,000 Dong (RM110.50)!”
Korang sebenarnya boleh elak dari kena scam dengan driver teksi. Cara-caranya ialah:
√ Check Google Map dan cuba calculate distance ke tempat yang korang nak pegi tu. Pastu korang boleh agak-agak sendiri berapa korang nak kena bayar per kilometer.
√ Tanya driver teksi tu berapa korang kena bayar sebelum naik teksi dorang.
√ Pilih syarikat teksi yang boleh dipercayai macam Mai Linh atau Vinasun. Boleh jugak guna Grab Car. Tapi Grab atau Uber ni hanya ada kat bandar macam Hanoi, Ho Chi Minh dengan Da Nang je.
4. Samun kerap berlaku di Ho Chi Minh City
Kes samun ni dekat negara mana-mana pun boleh berlaku including Vietnam. Antara barang popular selalu disamun ialah handphone dan beg. Style dorang menyamun pun lebih kurang macam ragut kat sini.
Seorang pelancong share experience dia kat forum Vietnam:
“Saya dah melancong sekitar Asia selama 20 tahun dan memang tak ada masalah… kecuali di Ho Chi Minh City (HCMC). Memang ia pengalaman saya yang paling buruk dari negara lain. Tolong jangan pakai barang kemas terutama di leher, sebab masa anda melintas jalan belum tentu barang kemas tu ada dengan anda di hujung jalan nanti!!”
Untuk elakkan barang korang dari kena samun lakukan ni:
√ Telefon: Jangan pakai earphone masa lintas jalan. Kalau nak angkat call, gerak sikit ke corner yang selamat selain dari atas jalan.
√ Beg: Pakai beg silang. Peragut dan penyamun kat sana memang dah pro dan pantas dalam mencuri. So tinggalkan je beg korang kat bilik kalau tak perlu bawak beg.
5. Makanan kurang bersih
Bagi Muslim, tak susah sebenarnya kalau nak cari makan tambah-tambah pulak duduk kat Ho Chi Minh City. Restoran makanan halal memang ada kat mana-mana. Tapi dalam cari makan tu, tengok-tengok la jugak kebersihan dia.
Macam kata blogger sorang ni,
“Saya memang tak sedar bahayanya makan dekat Vietnam lepas duduk dekat Japan selepas satu tahun. Saya alami sakit perut dan rasa tak sihat lepas makan kat sini. Macam mana nak elak benda macam ni dari terjadi?”
Kalau korang tak nak spoil kan holiday sebab jatuh sakit. Ikut cara ni:
√ Kalau boleh bawak sorang kawan atau orang local yang korang kenal dan boleh syor tempat mana yang selamat untuk makan. Lagi senang, korang baca je review pasal restoran yang korang nak pegi tu.
√ Jangan masuk kedai yang kosong.
√ Bawa extra ubat takut-takut kalau korang kena cirit birit atau sakit perut kat sana.
6. Peniaga suka tarik-tarik tangan
Kalau korang baru first time pergi bercuti di Vietnam dan tak pernah pergi bercuti kat mana-mana negara lain di Asia Tenggara, korang memang akan culture shock sebab ada peniaga yang suka tarik-tarik tangan korang. Pastu korang asalnya niat nak tengok je, tetiba dia paksa suruh beli. Adoi!
Ini apa yang terjadi kat sorang blogger Malaysia ni:
“Ini satu habit yang saya paling tak suka bila ke sana dan memang saya akan peluk tubuh je bila berjalan supaya tak kena tarik. Kalau peniaga lelaki yang tarik memang kena pelempang time tu jugak tapi nasib baik rata-rata peniaganya ramai perempuan.”
Tips untuk elak korang dari kena tarik-tarik:
√ Kalau dah nampak peniaga ni dari jauh, korang jalan je menonong buat tak tahu. Pastikan korang jangan buat eye contact. Nak ikut tips kat atas tu pun boleh. Peluk tubuh je kalau selisih dengan dorang.
√ Lagi satu nak ingatkan, kalau tak berminat tolong jangan pegang barang yang dorang jual tu. Mati-mati korang kena paksa beli nanti.
7. Penipuan oleh travel agency
Pernah dengar pasal fake travel agency kat Vietnam? Haa part ni korang kenalah hati-hati ye sebab kat Hanoi je ada 100 nama company The Sinh Tourist tapi yang betulnya satu je!
Bak kata blogger ni,
“Syarikat tour agency yang fake ni cuba kumpul berapa banyak pelancong yang mereka boleh dapat, lepas tu hantar pelancong ni semua ke syarikat lain untuk dapat komisyen. Fake travel agencies ni jugak tak boleh bagi servis yang terbaik dari agensi yang betul.”
Ini tips supaya korang elak terkena dengan tour agencies penipu ni:
√ Pastikan korang layari website travel agency yang betul untuk plan lawatan korang ke Vietnam. Kadang-kadang website tu nampak macam real 100% tapi rupanya tipu.
√ Dalam satu tempat kat Vietnam, ada 10 kedai dengan nama yang sama. Pastikan syarikat tour agency yang korang pergi tu kedai yang betul.
√ Guna website yang boleh dipercayai macam Get Your Guide atau Viator.
Apa-apapun berhati-hatilah kalau travel ke negara luar. Lebih baik bawa kawan bersama dan kalau nak solo travel, pastikan korang dah rancang perjalanan korang dengan baik.
Sumber: tripadvisor.com.my/lobakmerah.com
Sumber Nak Melancong ke Vietnam? Baca Dulu Sisi Gelap Disebalik Negara Syurga Untuk Kaki Shopping Itu
Tags:
mazeer