Boleh dikatakan, setiap tindak tanduk gadis berusia 17 tahun itu menjadi perbualan netizen sehingga viral di media sosial.
Sebagai seorang kakak, Neelofa berkata, dia berasa simpati dengan tekanan yang terpaksa dilalui oleh adiknya dan meminta orang luar supaya memberi ruang yang sewajar kepada keluarga terutama adiknya.
"Dia baru sahaja berusia 17 tahun dan saya rasa orang luar perlu berikan dia ruang untuk belajar daripada kesalahan yang dilakukan dan menjadi lebih matang.
"Tidak adil apabila dia terus diadili dan dihukum sedangkan dia masih muda," ujar pemenang anugerah Top Top MeleTOP, Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) ini.
Tambah wanita berusia 29 tahun ini, dia dalam masa sama berasa bangga dengan kekuatan yang dimiliki adiknya dalam menempuh setiap kontroversi yang datang.
"Saya rasa kalau saya sebayanya dulu, saya mungkin tidak sekuat dia kini.
"Saya sangat bangga dengan kekuatan yang dimiliki dan tidak keterlaluan untuk mengatakan dia lebih kuat daripada saya sebenarnya," jelasnya.
Bukan itu sahaja, Neelofa berkata, Ameera mungkin banyak belajar daripada pengalaman yang dilaluinya sepanjang berada di dalam industri dan dalam masa sama Neelofa tekad untuk terus memberi inspirasi kepada adiknya itu.
Bercakap tentang perkembangan terbaharunya, Neelofa berkata, dia bakal terlibat dalam sebuah kempen anti buli siber pada minggu hadapan.
Katanya, dia berharap dengan penglibatannya dalam kempen itu dalam memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat tentang salah guna sosial media.
"Saya harap kempen ini akan tular dan mewujudkan kesedaran dalam masyarakat agar tidak menyalahgunakan sosial media untuk mengecam dan mengkiritik orang lain.
"Kita akan memfokuskan kepada pelbagai sudut dan perkara ini sangat penting kerana buli siber semakin membimbangkan," katanya.
Sumber Neelofa simpati adik sering kena kecam