Pegang Watak Dalam Siri TV Amerika Popular, ‘Gotham’, Pelakon Malaysia Ini Curi Perhatian. Siapakah Dia?

Pegang Watak Dalam Siri TV Amerika Popular, ‘Gotham’, Pelakon Malaysia Ini Curi Perhatian. Siapakah Dia?

“Tahniah! Di Malaysia, pengarah hanya nak pelakon yang dahi licin, kulit putih. Bakat belakang cerita. Boleh diasah katanya. Kah!”

Bakat sesetengah pelakon kat Malaysia ni memang tak boleh dinafikan kehebatannya. Masa dorang berlakon tu, bila menjadi memang menjadi sangat. Tapi kalau yang tak menjadi tu, faham-faham jelah ek. Ramai artis kat negara kita ni yang lebarkan sayap dorang sampai ke negara luar, contohnya macam Yuna dan Shila Amzah. Tengok ajelah sekarang, orang luar negara pun dah kenal dorang kan.

Dan kini sorang lagi pelakon kat negara kita yang berjaya berlakon dalam Siri TV Amerika Popular, Gotham, baru-baru ini. Hebat kan?! Menurut The Star, pelakon kelahiran Kuala Lumpur iaitu Shiva Kalaiselvan jadi watak leader dalam kontigen wanita untuk League of Shadows. WOWWWW! League of Shadows merupakan sekumpulan pembunuh dalam cerita tu.

Pegang Watak Dalam Siri TV Amerika Popular, ‘Gotham’, Pelakon Malaysia Ini Curi Perhatian. Siapakah Dia?

Shiva turut bagitahu yang dia teruja gila sebab diberi peluang untuk berlakon dalam cerita tu. Katanya, dia dapat jumpa hampir kesemua pelakon yang berlakon dalam cerita tersebut. Ada yang jumpa waktu dalam scene, dan ada juga jumpa belakang tabir. Wahhh untungnyaaa!

Dalam TV series tu, Shiva mainkan watak sebagai Lelia, dan dia jadi watak berulang untuk cerita tersebut. Dia mula tampilkan wataknya dalam episod ke-16. Episod tu baru je ditayangkan 2 hari lepas dan menurut sumber, episod tersebut dapat tontonan sebanyak 2.39 juta! Weyyyy gila laahhh!

Pegang Watak Dalam Siri TV Amerika Popular, ‘Gotham’, Pelakon Malaysia Ini Curi Perhatian. Siapakah Dia?

Untuk pengetahuan korang, Shiva baru berusia 34 tahun dan merupakan seorang pelakon dan producer. Menurut blog, Shiva dah hasilkan dua produksi teater sebelum ni iaitu Someone Who’ll Watch Over Me dan Exposure.

Korang mesti macam tak pernah dengar cerita ni kan? Okay cerita ni merupakan season keempat dan antara character yang ada dalam tu diambil daripada komik bersiri Batman iaitu The Long Halloween dan Year One. Nama lain untuk cerita ni jugak ialah A Dark Knight & Dawn of Night. Difahamkan season keempat ni adalah kesinambungan unuk season sebelum-sebelum ni. So siapa yang nak tengok tu, kena lah tengok daripada season pertama ye!

Pegang Watak Dalam Siri TV Amerika Popular, ‘Gotham’, Pelakon Malaysia Ini Curi Perhatian. Siapakah Dia?

Shiva turut kongsikan rasa teruja dan gembira dia bila dapat berlakon dalam cerita tu menerusi laman Instagram miliknya. Gilaa kauuu tak happy!

Pegang Watak Dalam Siri TV Amerika Popular, ‘Gotham’, Pelakon Malaysia Ini Curi Perhatian. Siapakah Dia?

Rata-rata rakyat Malaysia semuanya kagum dengan Shiva, sebab dia berjaya ambil peluang yang memang susah nak dapat ni. Antara komen-komen peminat dia ialah,

“Congrats. In Malaysia, the showbiz only want fair skin actresses to be on screen especially. Regardless the talent acquisition. Way to go girl prove those kampung mentality people wrong!

This is a big achievement. Everyone back home here are proud of you. Keep it up and may success will always with you”

Congrats Shiva! Real talent!”

Tahniah Shiva!



Sumber Pegang Watak Dalam Siri TV Amerika Popular, ‘Gotham’, Pelakon Malaysia Ini Curi Perhatian. Siapakah Dia?

Post a Comment

Previous Post Next Post