Pejabat UMNO Kuala Langat disimbah cat merah

BANTING: Pejabat UMNO Bahagian Kuala Langat disimbah cat merah, dipercayai bermotifkan politik, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi itu, disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di kawasan berhampiran.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli berkata, selepas dimaklumkan oleh kakitangan pejabatnya, beliau bergegas ke lokasi dan terkejut melihat tompokan cat berwarna merah pada papan tanda di premis itu.

Menurutnya, keadaan seumpama itu bukan kali pertama berlaku tetapi setiap kali menjelang pilihan raya ia berulang.

“Saya fikir ada pihak yang mahukan perhatian dan dianggap sebagai publisiti murahan.

“Apa isunya saya belum pasti dan satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat petang nanti,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, kepada mereka yang mempunyai maklumat diminta tampil memberi keterangan lanjut ke Pejabat Umno Bahagian Kuala Langat untuk membantu siasatan.

Katanya, kumpulan yang terlibat ini juga diminta supaya tidak terus mendengar khabar angin sekiranya melibatkan isu pilihan raya.



Sumber Pejabat UMNO Kuala Langat disimbah cat merah

Post a Comment

Previous Post Next Post