Pengundi tertua Permatang Pauh tetap akan tunaikan tanggungjawab

SEBERANG PERAI: '‘Jika umur panjang, Pak Long masih lagi mahu mengundi…’’

Itu semangat Othman Daud, pengundi paling tua di Parlimen Permatang Pauh walaupun usianya kini mencecah 106 tahun.

Othman yang lebih mesra dengan panggilan Pak Long dari Kampung Tanah Liat bagaimanapun mengakui kesihatannya sedikit merosot sekali gus pergerakannya sedikit terbatas.

Namun katanya, pada usia sekarang, penglihatannya masih baik dan masih mampu membaca Al-Quran atau akhbar.

Undi tua

''Saya nak pergi mengundi kalau boleh pergi. Saya masih boleh mengundi, menulis juga masih boleh, hendak pangkah kertas undi macam manapun masih boleh.

''Matapun masih terang, Al-Quran boleh baca Surah Yassin boleh baca lagi,'' katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pak Long kini tinggal bersama adiknya perempuannya yang berusia 80 tahun serta cucu saudara lelaki berusia 16 tahun.

Pak Long bagaimanapun berharap ada pihak yang sudi membawanya ke pusat pembuangan unding kerana keadannya yang semakin uzur dan kurang berupaya untuk berjalan sendiri.

Sementara itu, adiknya, Ramlah Daud, 80 tahun berkata, beliau bersyukur abang sulungnya itu masih sihat walapun pergerakannya kini agak terbatas.

 Pengundi tua

Seperti kebiasaan katanya, setiap kali hari mengundi, dia dan abangnya akan bergilir untuk ke pusat pengundian dan mengharapkan jiran-jiran untuk menumpangkan mereka.

''Saya tak ingat berapa kali tapi biasanya orang datang ambil samalah dengan Anjang (Pak Long) tapi kami tidak boleh pergi kerana susah untuk tinggalkan rumah.

''Anjang selalu pergi selepas sembahnyang Zohor dan selalunya ada orang akan datang ambil. Saya tak kisah siapa yang datang, janji boleh mengundi,'' ujarnya.

Dalam Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya kedua-dua mereka adalah pengundi bagi Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.



Sumber Pengundi tertua Permatang Pauh tetap akan tunaikan tanggungjawab

Post a Comment

Previous Post Next Post