Viral di media sosial sejak 10 April lalu, seorang wanita berkongsi surat makluman bertulis dari pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Mantin, Negeri Sembilan yang mendakwa kawasan Mantin telah diserang dengan sejenis rama-rama beracun.
"Hati-hati ibu bapa semua, sentiasa pantau kegiatan anak-anak. Nampak serangga ini, cepat buang. Ia membahayakan kesihatan anak-anak dan boleh membawa maut," kata Massturah Sulong di Facebooknya.
Berdasarkan gambar surat tersebut, pegawai perubatan berkenaan memaklumkan Mukim Mantin dan Pantai telah diserang rama-rama beracun, Toxoproctis Hemibathes, yang boleh menyebabkan kegatalan dan alahan.
"Untuk makluman pihak tuan Mukim Mantin dan Pantai telah diserang sejenis rama-rama beracun, Toxoproctis Hemibathes.
"Sekiranya tersentuh dengan rama-rama ini akan menyebabkan kegatalan pada seluruh badan dan boleh menyebabkan maut sekiranya mengalami alahan yang teruk," katanya.
Sehubungan itu, pegawai berkenaan menasihatkan mana-mana individu yang mengalami kegatalan atau alahan, segera datang ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan.
"Sekiranya ada anggota atau peserta yang mengalami kegatalan atau alahan, sila bawa ke klinik yang berdekatan. Harap maklum, sekian terima kasih," katanya.
Sumber Rama-rama beracun ini akan menyebabkan kegatalan dan boleh menyebabkan maut jika alami alahan teruk
Tags:
thereporter