Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihak Patologi HKL telah mengesahkan ujian air kencing beliau negatif.
Terdahulu dalam satu laporan yang tersebar di media sosial, saringan air kencing Rizalman dilaporkan tidak mengandungi dadah.
"Sebaik sahaja penahanan beliau, pegawai polis menghantar sampel air kencing Rizalman kepada pihak HKL untuk tindakan lanjut."Susulan itu, Jabatan Patalogi HKL mengesahkan bahawa ujian saringan awal polis tidak mengandungi sebarang jenis dadah dan tiada tindakan lanjut dikenakan kepada Rizalman," katanya kepada dihubungi di sini pada Sabtu.
Mengulas mengenai tangkapan Rizalman dan rakan-rakannya, Mazlan berkata, pihak polis melaksanakan tugas secara adil dan saksama serta tiada unsur penganiayaan dalam kes ini.
BACA: Saya diperangkap - Datuk Rizalman
BACA: Isu Ketua UMNO positif dadah akan dibincang dengan PM - Ahmad Zahid
Katanya, pihaknya juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sumber Rizalman bebas dadah - Polis KL