Selebriti Taiwan Berani Mati Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular

Selebriti Taiwan Berani Mati Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular

“Bila dia tahu saya dari Taiwan, dia cuba cari kesalahan saya. Saya rasa polis kat Malaysia buat macam ini sebab gaji mereka rendah. Polis-polis kat situ bukannya buat benda bukan-bukan luar waktu kerja je, tetapi mereka buat semua tu semasa dorang tengah bertugas jugak. ”

Tak dinafikan, memang banyak sangat kes rasuah dekat negara kita ini sejak dulu lagi. Buka lah surat khabar, berita mahupun media sosial, mesti ada headlinenya pasal rasuah. Namun apa yang terjadi baru-baru ini memang memalukan nama negara kita, lebih-lebih lagi bila dikaitkan pulak dengan abam-abam polis Malaysia. OHH NOOOO!

Menurut WOB, baru-baru ini ada seorang selebriti dari Taiwan dah bongkar pengalaman yang telah dialaminya sendiri di negara kita, di mana ada seorang polis Malaysia telah menerima sejumlah wang rasuah daripada dia dan rakannya. Apa yang memalukan, selebriti ini share pengalaman dia dalam salah sebuah Rancangan TV Popular di Taiwan, iaitu Half and Half, yang disiarkan pada 4 April 2018. Habislah kita….

Selebriti Taiwan Berani Mati Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular

Difahamkan kejadian ini terjadi masa dorang ditahan di salah sebuah roadblock di Malaysia. Dikatakan polis ini ambil kesempatan kebanyakannya dekat pelancong luar negara. Alahai memang silap lah abam oiii.. Kata selebriti itu,

“Saya pergi ke Malaysia, dan percaya atau tak, polis-polis kat situ bukannya buat benda bukan-bukan luar waktu kerja je, tetapi mereka buat semua tu semasa dorang tengah bertugas jugak!”

“Saya dan kawan saya pergi ke sana untuk bercuti, tapi kami kena tahan kat roadblock. Polis yang ada kat situ periksa dokumen pengenalan diri kami, dan bila dia tahu yang saya berasal dari Taiwan, dia cuba nak cari kesalahan saya”

Tambahnya lagi, walaupun dah terang-terang passport dia tu dah ada stamp, tapi polis tu tetap dakwa yang dia masuk negara ini secara haram. Mereka ditahan di roadblock itu, dan kawan selebriti tersebut yang merupakan orang Malaysia cuba untuk kowtim dengan polis tu. Dia offered polis berkenaan sebanyak NT1000 (RM132) tapi ditolak.

Selebriti Taiwan Berani Mati Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular
Gambar hiasan.

“Polis tu bagitahu yang dia tak boleh terima duit tersebut dan still nak bawa saya ke dalam lokap. Kita semua tahu benda-benda macam ni memang akan menyusahkan pelancong sebabnya kena duduk kat lokap tu sepanjang hari dan tak boleh buat apa-apa langsung”

Kemudian kawan selebriti itu lagi sekali offered polis tersebut sebanyak NT4,000 (RM520) dan polis itu ambil duit tersebut dan mereka dilepaskan. WHAT THEEE! Kata selebriti itu lagi,

“Saya rasa polis kat Malaysia buat macam ini sebab gaji dorang tak tinggi”

MALU DOHHHH!

Selebriti Taiwan Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular
Gambar hiasan.

Perkongsian ini kemudiannya dapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang beranggapan selebriti itu saja nak tipu sebab nak burukkan nama Malaysia, manakala kebanyakannya mengiakan apa yang dikatakan oleh selebriti itu sebabnya masing-masing ada pengalaman sendiri.

Rancangan ini ditonton hampir berjuta orang, dan masing-masingnya daripada negara yang berlainan. Korang percaya ke dengan cerita ni? Bagitahu kitorang apa yang korang rasa dekat ruangan komen!

Sumber: WOB/lobakmerah.com



Sumber Selebriti Taiwan Berani Mati Bongkar Sikap Rasuah Polis Malaysia di Rancangan TV Popular

Post a Comment

Previous Post Next Post