Memetik laporan mStar online, Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin berkata, sebelum ini dia pernah tampil di sebuah program dengan mengenakan imej tersebut tanpa ada sebarang masalah.
"Aku tak faham macam mana tidak konsistennya stesen TV dengan aku. Kejap boleh kejap tak boleh.
"Masa tak boleh tu... dia guna alasan rakyat. Aku jadi blur. Hari tu aku baru nampak orang berniqab di TV. Tak ada masalah pun?
Dari dulu aku dah memang cakap aku tak akan buka (purdah), jadi bila aku pernah masuk TV berniqab, aku fikir dah selesai tapi sekarang kena buka balik pula. keliru!" tulisnya.
..
Fyn memuat naik status tersebut selepas ada pihak di stesen televisyen memintanya untuk membuka purdah dengan alasan rakyat Malaysia tidak dapat menerima personaliti berpurdah.
Bagaimanapun, rata-rata pengikutnya turut tidak bersetuju dengan tindakan stesen tersebut.
Dalam pada itu, Fynn terpaksa menyekat beberapa netizen yang meninggalkan komen meminta wanita berniqab hanya perlu membaca Al-Quran di rumah sahaja.
"Terima kasih untuk jawapan-jawapan bancian malam tadi. Statistik menunjukan 99 peratus tidak bersetuju dengan apa yang stesen TV katakan.
"Jadi bila buat bancian semalam dapat tanya jawpan terus daripada rakyat. Tapi ada seorang dua saja aku sekat sebab alasan dia 'dah berniqab pergi duduk rumah baca Al-Quran la'.
"Beb, kalau tak pakai niqab pun kena baca Al-Quran la," tulisnya.
..
Selain Fynn, pelakon Natasha Hudson turut mengenakan penampilan berpurdah sejak tahun 2016.
Sumber Stesen TV Larang Berpurdah, Fynn Jamal Buat Bancian Tanya Netizen