'Tak mengagak nak jual, kot nak kaya cepat pun tengok la' - Pelanggan cuba fitnah peniaga dikecam netizen

"Korang nak tengok betapa dengkinya Melayu? Nah, kedai makan mak saya baru viral di Facebook. 
"Dia ingat mak saya buka kedai kecik-kecik ni tak main Facebook agaknya. Last-last tukang post itu kena kecam balik," demikian tulis Siti Nur Ain Syarina yang kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab seorang individu yang didakwa cuba menganiaya perniagaan ibunya baru-baru ini. 
Difahamkan, pasangan suami isteri berkenaan datang ke kedai dan membeli nasi lemak. Peniaga berkenaan juga ada memaklumkan bahawa sesudu lauk sotong dikenakan caj RM3.00. 
Selepas membuat pembayaran, si isteri berkenaan pula memuat naik di group Facebook 'Seremban Macam-Macam Ada!' yang mendakwa dua nasi lemak (satu biasa dan satu lagi berlauk sotong) agak mahal sehingga dikenakan caj RM20.00. 
"Assalam. Tumpang iklan jap. Nak tanya nasi lemak sotong ni memang mahal ke? Saya beli dua bungkus RM20, telur pun tak ada. Tak mengagak kan nak jual, kot nak kaya cepat pun tengoklah. Area Mafah sebelah kiri selepas jambatan," tulis Rosliyana. 
Bagaimanapun, aduan wanita itu diketahui oleh peniaga berkenaan, Marminah Abdul Hamid, yang kemudian tampil memberikan penjelasannya. 
"Alhamdulillah. Hari ini hari Jumaat. Terima kasih kepada yang komen. Cerita sebenarnya, baru tak sampai sejam bro (si suami) datang membeli nasi lemak, satu nasi lebih, satu biasa. Lauk isi sendiri. 
"Saya perhati saja dia isi banyak dan siap tekan-tekan lagi sotong ke dalam nasi. Satu bekas ambil tiga sudu sotong, satu bekas lagi empat sudu sotong. 
"Saya tanya ambil sotong berapa sudu, dia kata tak ingat. Saya terangkan, satu sudu sotong RM3.00. Okey, kiralah. Empat sudu sotong RM3. ditambah dengan nasi lemak RM2.00. Satu bekas lagi tiga sudu sotong ditambah dengan nasi lemak RM2.00, ditambah lagi dengan dua biji begedil RM2.00. 
"Jumlah keseluruhan adalah RM27, tetapi saya kira RM20 sahaja, lebih sedekah hari Jumaat. Tahu-tahu viral jer," kata Marminah. 
Menurut Siti, ibunya bukan baru berniaga dan sudah terbiasa dengan sikap dengki segelintir individu. 
"Mak saya bukan baru berniaga, dari dia muda dulu dah berniaga. dengki mendengki ini dah biasalah keluarga kami kena. Yelah, Melayu mana boleh tengok Melayu lain maju. 
"Mak saya tak pernah kacau perniagaan orang lain, tiba-tiba dia kena macam ni. 
"Lain kali nak menganiaya orang, tengok kiri kanan. Tak tahu ke doa-doa orang teraniaya ini makbul? Apalah yang diperolehi dengan menutup periuk nasi oransg? Benda kalau betul, kita ambil jadikan iktibar, tetapi ini dah jadi fitnah. 
"Saya tak tahu bilalah orang Melayu nak berubah. Apa yang mereka dapat dari mendengki terhadap orang ini, saya tak faham," katanya. 
Dalam tweet itu juga, Siti turut memuat naik gambar contoh sepinggan nasi lemak berlauk sotong (satu sudu RM3.00) bagi menyokong kenyataannya itu. 
"Sedihlah ada orang kata satu sudu (sotong) RM3.00 itu mahal. Nah, ini gambar kalau satu sudu sebab dia ingat satu sudu makan agaknya. 
"Kedai mak saya ramai regular customer. Tak pernah seorang pun complaint mahal sebab mereka tahu harga bahan mentah mahal dan rasa makanan pun berbaloi dengan harga. 
"Yang complaint mahal itu saya tak kisah pun, tetapi sampai nak viralkan, nak tutup periuk nasi orang tu kenapa?" soalnya. 
Contoh sudu yang digunakan Marminah
Sementara itu, Marminah enggan memanjangkan mahupun marah dengan apa yang berlaku. Sebaliknya dia bersyukur kepada individu berkenaan kerana ramai netizen yang bertanya tentang lokasi kedainya. 
"Saya tak nak panjang cerita atau marah-marah. Malahan, saya bersyukur sangat dan berterima kasih kepada tukang viral kerana disebab itu ramai juga netizen yang tak tahu kedai saya, hari ini ramai dah tertanya-tanya.
"Selama ini saya post, payah juga nak dapat like dan komen. tetapi hari ini, Jumaat yang penuh keberkatan, Allah datangkan seorang insan membeli nasi lemak sotong dan viralkan sebab terasa mahal. 
"Alhamdulillah, masih ada yang pm wan WhatsApp nak datang cuba nasi lemak sotong viral. Sila datang dan nilai sendiri," katanya. 


Sumber 'Tak mengagak nak jual, kot nak kaya cepat pun tengok la' - Pelanggan cuba fitnah peniaga dikecam netizen

Post a Comment

Previous Post Next Post