“Cerita Prebet Adam dan Almarhum Sultan Johor ini kembali panas selepas TMJ mengkritik Tun Mahathir. ”
Mungkin tak ramai yang ingat kisah Prebet Adam mengamuk di Chow Kit sampai membunuh seorang mangsa pada tahun 1987 dulu. Adam dikatakan bertindak lepaskan ratusan das tembakan kat orang awam menggunakan M16 sebab berang dengan Almarhum Sultan Johor iaitu datuk kepada TMJ yang dikatakan memukul adik Adam sampai mati.
Tapi selepas lebih 30 tahun cerita ni dijaja kepada orang ramai, rupa-rupanya semuanya hanyalah fitnah semata-mata! Menurut Berita Harian, keluarga Prebet Adam yang selama ni mendiamkan diri akhirnya muncul dengan luahan maaf kepada keluarga Diraja TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Saya minta maaf kepada keluarga Diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kerana terpalit dengan fitnah yang membabitkan abang saya, Prebet Adam,” kata Hawa Jaafar, adik Adam.
Hawa yang kini tinggal di Sungai Ara, Pulau Pinang menafikan cerita-cerita tak betul mengenai adiknya yang dikatakan dibunuh Almarhum Sultan semasa dia berkhidmat sebagai ‘caddy’ golf kepada keluarga Diraja tu.
Malah lebih menyedihkan, dia sekeluarga jugak terpaksa tahan malu selama 30 tahun sebab tak dapat jelaskan hal sebenar kat masyarakat dan pihak berkuasa. Haish sapalah yang pandai-pandai sebar berita palsu macam ni?
Cerita Hawa, Adam yang merupakan seorang askar mengamuk sebab masalah di tempat kerja dan bukan sebab adik mereka dibunuh Sultan. Dan dia juga menjelaskan yang semua adik beradiknya masih hidup pada masa tu dan seorang saja dah meninggal dunia pada tahun 1975 sebab kebakaran di rumah.
Apa yang lebih mengejutkan, Hawa akui dia sekeluarga memang tak pernah mengenali seorang pun keluarga kerabat Diraja Johor. Mereka sembilan beradik yang mana Adam merupakan anak sulung tak pernah pulak terima wang sogokan bernilai RM10,000 yang dikatakan pernah diberi mana-mana pihak untuk tutup kes ni. Ish, ish, ish parah kena fitnah ni!
“Lihatlah kediaman saya, kami cuma orang biasa. Kami tidak pernah terima sesen pun duit daripada mana-mana pihak untuk nafikan hal ini,” kata Hawa lagi.
Kejadian amuk yang melibatkan Prebet Adam pada 1987 ni berjaya diselesaikan apabila salah seorang bos berpangkat kolonel atau jeneral telah berjaya memujuk Adam untuk menyerah diri. Perbicaraan di mahkamah memutuskan Adam tidak siuman dan dia dimasukkan ke Tanjung Rambutan. Manakala semua pertuduhan mengenainya jugak dah digugurkan.
Cerita mengenai Prebet Adam dan Almarhum Sultan Johor ni sebenarnya kembali jadi panas selepas TMJ mengkritik Tun Mahathir di laman Facebook rasmi bola sepak Johor. Kisah mengenai mereka ada ditulis dalam buku bertajuk Konfesi Prebet Adam oleh Syahril A. Kadir yang mendedahkan cerita sebenar tentang apa yang menimpa mangsa.
Pun begitu, Syahril pernah dituduh jadi dedak kerajaan dan ramai yang tak percaya dengan apa yang diceritakannya dalam buku tersebut. Tapi nampaknya sekarang semua soalan dah terjawab!
Ingatkan zaman sekarang je orang suka buat fake news. Dulu-dulu pun dah ada rupanya!
Sumber: The Star/Berita Harian/lobakmerah.com
Sumber Tak Sanggup Lihat TMJ Terus Difitnah, Keluarga Prebet Adam Nafi Adik Dibunuh Almarhum Sultan
Tags:
mazeer