Tauke Sanggup Tutup Kedai dan Tanggung Kerugian Asalkan Pekerja Dapat Pulang Mengundi PRU14

Tauke Sanggup Tutup Kedai dan Tanggung Kerugian Asalkan Pekerja Dapat Pulang Mengundi PRU14

“Saya tak kisah terpaksa alami kerugian selama dua hari dan sedia menanggungnya”

Majikan diwajibkan bagi masa kepada pekerja mereka untuk keluar mengundi pada 9 Mei nanti tapi sudah semestinya undang-undang itu tak wajib dilakukan oleh syarikat di Singapura yang ada pekerja warganegara Malaysia.

Tetapi, bagi Ngo Hea Ong, seorang peniaga di Singapura menganggap ianya satu keperluan untuk dia benarkan pekerjanya yang juga rakyat Malaysia bagi menunaikan tanggungjawab balik mengundi, lapor Malaysiakini.

So, disebabkan itulah Ngo yang menjalankan perniagaan barang kemas tu bagi cuti khas pada 8 dan 9 Mei kepada 7 kakitangannya yang berwarganegara Malaysia untuk pulang.

Tidak teragak-agak untuk membuat keputusan 

Tauke Sanggup Tutup Kedai dan Tanggung Kerugian Asalkan Pekerja Dapat Pulang Mengundi PRU14

Sejurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umum hari pengundian jatuh pada hari Rabu – 9 Mei, lelaki berusia 40 tahun tu tidak teragak-agak untuk membuat keputusan itu dengan harapan ianya dapat membantu rakyat Malaysia jalankan tanggungjawab masing-masing.

Bukan setakat cuti,  Ngo juga turut bagi elaun penuh perjalanan kepada kakitangannya sejak pilihan raya umum sebelum ini. Wow!

“Kami percaya ini akan membolehkan mereka pulang tanpa bimbang untuk memenuhi kewajipan kepada negara mereka.” 

Tak kisah kedai mengalami kerugian

Tauke Sanggup Tutup Kedai dan Tanggung Kerugian Asalkan Pekerja Dapat Pulang Mengundi PRU14

Ngo turut akui tak kisah jika kedainya yang terletak dalam sebuah pusat beli belah dekat Chinatown, Singapura terpaksa alami kerugian selama dua hari tersebut dan sedia menanggung.

Seorang rakyat Malaysia juga, Ngo turut akan pulang untuk mengundi buat kali keempat bersama pekerja yang kebanyakannya berasal dari Beruas dan Gopeng.

Harap semua majikan berfikiran seperti Ngo! Jangan lupa tanggungjawab kita untuk mengundi demi masa depan negara. Ayuh!

Sumber: Malaysiakini/lobakmerah.com



Sumber Tauke Sanggup Tutup Kedai dan Tanggung Kerugian Asalkan Pekerja Dapat Pulang Mengundi PRU14

Post a Comment

Previous Post Next Post