Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi, pihak Aeon memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dihadapi pelanggannya.
"Kami menutup operasi kami pagi ini, sehinggalah ia akan dimaklum kelak," jelas kenyataan itu.
Semalam pasaraya berkenaan 'diserang' selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat tawaran untuk menanggung sepenuhnya perbelanjaan rakyat yang sedang membeli barang keperluan asas di pasaraya itu.BACA: TMJ belanja rakyat Johor beli-belah, tanda kasih sayang
Tunku Ismail ditemani isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam sebelum itu secara sepontan berkesempatan beramah mesra bersama rakyat Johor yang membeli-belah.
Dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata, dirinya bukan ahli politik dan tidak memerlukan undi, namun ikhlas menyayangi rakyatnya.
"Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi. Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,” katanya seperti dipetik laman Facebook Johor Southern Tigers.
Sumber TMJ belanja: Selepas 'diserang', Aeon tutup sementara