
Menurut laporan Sinar Harian, seorang netizen telah meninggalkan komen yang menyatakan dia sebelum ini pernah melihat hasil seni yang dikongsikan Anzalna itu di media sosial. Malah netizen berkenaan turut mencadangkan agar Anzalna membuat rakaman video dan melukis kembali lukisan tersebut.
Tidak berdiam diri, sebaliknya pelakon Memori Cinta Suraya ini berkongsi komen tersebut menerusi paparan screen shot bersama para pengikutnya yang lain.
..
Anzalna juga mencabar netizen tersebut menunjukkan bukti jika benar lukisan itu merupakan hasil karya orang lain dan mahu menawarkan hadiah kepada netizen tersebut jika ia berjaya dilakukan.
"I nak tawarkan wanita ini hadiah lumayan! (nak bagi duit ke nak bagi kereta ke nak bagi rumah depan KLCC? Bagi sis fikir dulu!
Sumber Tunjukkan Bukti Kat Sis! - Anzalna