Tutup cerita, Fazlina tampar ‘manja’, kata Aiman Tino

Aiman tidak menganggap tamparan itu sebagai isu malah tidak berhasrat mengambil tindakan. ― Foto oleh Choo Choy MayAiman tidak menganggap tamparan itu sebagai isu malah tidak berhasrat mengambil tindakan. ― Foto oleh Choo Choy MaySEREMBAN, 8 April ― Tamparan pelakon Fazlina Ahmad Daud ketika penggambaran drama bersiri Mak Cun membantu dalam penghayatan watak, kata Aiman Tino.

Penyanyi Ku Rela Dibenci berharap isu tamparan “tidak sekuat mana” itu tidak dipanjangkan malah kecaman pada Fazlina yang disapa Kak Baby juga perlu dihentikan.

Beliau khuatir jika isu itu dipanjangkan akan mengeruhkan lagi keadaan sedang Fazlina banyak membantunya di set penggambaran.

“Sebelum itu, saya beritahu sukar untuk menitiskan air mata dan Kak Baby cuma mahu menolong,” katanya, lapor Berita Harian.

“Apa yang penting, saya dan Kak Baby baik-baik saja serta tidak terkesan dengan isu sensasi ini,” kata penyanyi Permata Cinta.

Dilaporkan peminat Aiman berang dengan Fazlina yang menampar Aiman dalam satu babak drama bersiri Mak Cun musim keempat.

Susulan insiden itu juga, pihak pengurusan Aiman dikatakan tidak berpuas hati dan mahu mengambil tindakan selanjutnya.

Namun Aiman tidak menganggap tamparan itu sebagai isu malah tidak berhasrat mengambil tindakan.



Sumber Tutup cerita, Fazlina tampar ‘manja’, kata Aiman Tino

Post a Comment

Previous Post Next Post