Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, mangsa, Heng Tek Cheng, 26, tidak mengalami kecederaan namun keretanya remuk teruk di bahagian hadapan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kereta yang dipandu mangsa dari arah Butterworth menghala ke Sungai Petani, Kedah, dipandu di lorong kiri lebuhraya.
Sebaik tiba di KM115.3, mangsa terlelap sebelum merempuh bahagian belakang lori tersebut sehingga menyebabkan kedua-duanya terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di lorong kanan lebuhraya.
Pemandu lori berusia 55 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Berdasarkan video berdurasi 51 saat itu menunjukkan Heng memandu keretanya dalam keadaan tidak stabil dan kejadian itu dirakam oleh pemandu di belakangnya.
Heng kemudian dilihat terus memasuki lorong kiri sebelum masuk semula ke lorong tengah dan memecut sedikit ke hadapan.
Heng cuba mengelak lori di hadapannya namun gagal berbuat demikian lalu merempuh belakang lori yang membawa muatan telur ayam itu sebelum kedua-duanya terbabas.
Sementara itu di media sosial, netizen pula mempersoalkan mengapa pemandu yang merakam kejadian itu tidak membunyikan hon sebagai tanda amaran kepada pemandu kereta terbabit.
Sumber: Harian Metro, Kosmo
Sumber (Video) Terlelap punya pasal, habis telur pecah