Walau BN menang, Noh Omar tak minat jadi MB Selangor

Tan Sri Noh Omar tidak menganggap calon lain sebagai pesaing bagi jawatan menteri besar. — Foto oleh Choo Choy MayTan Sri Noh Omar tidak menganggap calon lain sebagai pesaing bagi jawatan menteri besar. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 19 April — Tan Sri Noh Omar tidak berminat menjadi menteri besar sekalipun Barisan Nasional (BN) merampas Selangor pada pilihan raya umum 9 Mei.

Pengerusi Umno Selangor berkata mereka yang dicalonkan jawatan itu tidak perlu risau kerana dia tidak menganggap calon lain sebagai pesaing, lapor Utusan Online.

“Saya tidak mahu jawatan tersebut, siapa mahu jadi menteri besar buat kerja elok-elok, saya tidak akan iri hati atau cemburu,” katanya.

Sebelum ini, beberapa nama pemimpin kerajaan negeri dan pusat disebut-sebut bakal dicalonkan sebagai menteri besar.

Antaranya menteri kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani dan wakil rakyat negeri seperti Budiman Zuhdi (Sungai Panjang) serta Datuk Johan Abdul Aziz (Semenyih).



Sumber Walau BN menang, Noh Omar tak minat jadi MB Selangor

Post a Comment

Previous Post Next Post