Wanita Mosuo secara turun-temurun bebas amalkan seks dengan lelaki

DALAM era pertumbuhan teknologi yang kian pesat membangun ini pasti anda tidak menyangka bahawa ada negara yang mengamalkan prinsip hidup tanpa keringat seorang lelaki atau kehidupan keluarga bahagia seperti yang biasa digambarkan dalam media massa.

Namun, masyarakat yang hidup dalam sebuah negeri terpencil di kawasan perkampungan Yunnan di barat daya China yang dikenali sebagai kaum Mosuo hanya mengangkat wanita sebagai penaung utama negeri itu.

Walaupun hidup dalam kalangan terpencil, pemikiran kehidupan seharian masyarakat Mosuo ini dikatakan lebih moden berbanding masyarakat lain.

Sumber: Youtube

Ini kerana mereka mengamalkan prinsip kehidupan seperti layanan yang setara terhadap wanita dan lelaki, seberapa banyak atau kurang hubungan seks antara lelaki dan perempuan tanpa dihakimi mana-mana pihak serta hak penjagaan oleh keluarga angkat terhadap anak-anak dan orang tua. Wanita dan lelaki kaum Mosuo menggunakan konsep ‘hubungan bebas’ yang membolehkan mereka bertukar pasangan. Walaupun hubungan itu akan diteruskan dalam hubungan eksklusif, mereka tidak akan berkahwin.

Ini kerana kaum ini mempercayai anak-anak yang dilahirkan melalui ‘hubungan bebas’ tersebut adalah di bawah jagaan ibu mereka sahaja.

Sumber: Youtube

Bukan itu sahaja, kaum wanita yang merupakan pewaris harta di negarai itu turut melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membersih sendiri.

Pasti ada yang tertanya, apa peranan kaum lelaki pula jika semuanya dikendalikan oleh kaum wanita? Lelaki di negara ini melakukan kerja-kerja berat seperti berkebun, membaiki dan membina.

Secara umum, kaum lelaki juga membuat keputusan am tetapi hanya diluluskan oleh ahli tertinggi keluarga iaitu nenek mereka, seperti yang dilaporkan wartawan portal berita The Guardian.

Menurutnya, pada pandangan Barat, kehidupan masyarakat Mosuo dikatakan tidak progresif kerana menghalang wanita untuk berkahwin dan melakukan hubungan seks tanpa sekatan.

Tambahnya, masyarakat Mosuo yang lebih muda kini menginginkan kehidupan yang berbeza berbanding dahulu dan budaya Barat merupakan budaya yang mereka ingin terapkan untuk masa ini.



Sumber Wanita Mosuo secara turun-temurun bebas amalkan seks dengan lelaki

Post a Comment

Previous Post Next Post