Wanita potong kemaluan dan kerandut bekas suami

Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan memotong kemaluan termasuk kerandut bekas suaminya dengan pisau dapur, lapor Mirror. 
Lira Plaksina mendakwa dia berbuat demikian kerana lelaki itu tiba-tiba datang ke rumahnya dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol dan memintanya melakukan hubungan seks dengannya. 
Dalam kenyataan kepada mahkamah, wanita Rusia berumur 47 tahun itu berkata, lelaki itu mengancam akan mencederakannya jika dia tidak menuruti kemahuannya dan menegaskan tindakannya itu adalah untuk mempertahankan keselamatan dirinya. 
Bagaimanapun, hakim mendakwa Plaksina telah memotong kemaluan dan kerandut bekas suaminya itu yang sedang baring tertidur di sofa di rumahnya di kampung, Oktober lalu.
Ketika diiringi keluar dari mahkamah, Plasina yang memakai pakaian hitam dengan tangan bergari sempat melambai dan memberikan flying kiss kepada pihak media. 
"Segalanya normal, saya dapat (hukuman penjara) empat tahun," katanya. 


Difahamkan, bekas suaminya kini tinggal bersama wanita lain, menurut ahli keluarga mangsa. 
Penduduk di kampung Vasilyevo berkata, pasangan itu kerap bergaduh dan seringkali menghadapi masalah sehingga kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai. 


Sumber Wanita potong kemaluan dan kerandut bekas suami

Post a Comment

Previous Post Next Post