Bermula dengan sut power rangers pink, gaun hijau neon (Dragon Ball), gaun sotong dan untuk tahun ini, fesyen tudung tulle Neelofa disamakan dengan kain net pembalut hadiah, net bunga telur, kelambu dan juga jambang Zul Ariffin.
Bukan itu sahaja, dres ballroom merah jambu rekaan pereka fesyen Fizi Woo, disamakan dengan watak kucing Cheshire Cat dalam Alice's Adventure in Wonderland.
Tidak melatah dengan komen netizen, sambil ketawa Neelofa berkata, ia ibarat isu yang berulang saban tahun dan dia tidak terkejut dengan setiap pendapat yang diberikan.
"Rajin betul mereka cari apa persamaan baju saya. Tapi bila dah berlaku setiap tahun, saya dah terbiasa.
"Dan bukan senang sebenarnya pereka fesyen nak dapatkan idea untuk reka pakaian yang in dengan fesyen masa kini.
"Tapi bagi saya apa yang paling penting saya berpuas hati dengan pakaian yang saya pakai dan apa yang orang hendak cakap terpulanglah," katanya.
Sumber Yang penting saya puas hati : Neelofa