Salam admin. Saya rasa terpanggil nak cerita apa yang saya dan kawan-kawan saya alami lebih kurang 6 tahun lepas (16 tahun) di hostel, sewaktu kami belajar di Kolej Vokasional (di mana tu dirahsiakan, takut ada student baca takut pulak). Saya bahasakan diri saya sebagai ‘aku’ ya. Kalau tak faham tak perlu ambil cerita ni. Tapi harap admin faham jalan cerita saya.
Ceritanya macam ni, aku ni seorang pelajar sukan. Setiap petang lepas habis class, aku akan terus ke padang untuk training, kecuali pada hari Ahad. Sabtu kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada.
Nak dijadikan cerita, hari tu hari Sabtu dan aku ada training petang tu. Entah kenapa balik dari surau selepas solat isyak, aku terus tertidur di katil aku sendiri iaitu di bahagian atas dan dekat dengan locker (berhadapan dengan katil kawan-kawan aku). Dorm aku unic sebab dalam banyak-banyak katil double decker, ada seketul katil single tersesat kat dorm aku.
Tak lama selepas aku tidur, kawan-kawan aku yang lain pun tertidur, kecuali 3 serangkai ni Wyn, Kakyong dan Aty. Tiga serangkai ni je yang gabung katil dan tidur lambat.
Jadi hari tu rasa pelik, sebab jarang sekali aku keletihan macam tu walaupun setiap hari jadual pack dan sepanjang aku duduk di hostel, itu kali pertama aku dan kawan-kawan tidur di katil sendiri sebab selalu aku akan tidur dengan kawan-kawan aku. Kami akan gabungkan katil dan tidur beramai-ramai. Kecuali Wyn, Kakyong dan Aty (penghuni katil atas) dan penghuni katil bawah.
Katil diorang ni betul-betul berhadapan dengan katil aku. Diorang gabungkan tiga katil, dua double decker, satu single. Jadi penghuni katil bawah tu dah terlena, yang katil atas tu mereka tidur bertiga (semua badan kecik-kecik, jadi muatlah tidur bertiga kat katil atas tu)
Jadi, dalam pukul 9 memang aku dah lena tanpa hiraukan apa yang berlaku. Disebabkan esok hari Ahad, kami ada gotong-royong pada waktu pagi. Jadi biasanya weekend ni kawan-kawan aku akan bergayut dengan parents atau pakwe diorang kat public phone sampai 1-2 pagi (masa tu kami junior, jadi takut nak bawak handphone).
Jadi, nak bergayut tu memerlukan duit syiling yang banyak, so Wyn, Kakyong dan Aty ni gigihlah berjalan ke blok lain untuk minta duit tukar. Masa tu pukul 12 malam, masa terbaik untuk diorang bergayut sebab senior biasanya tidur awal.
Wyn, Kakyong dan Aty ni yang terbaiknya mereka bertiga period, mereka dengan selamba redah dorm lain dan blok lain yang keras sebab belakang blok diorang tu ladang kelapa sawit. Blok kami je tak keras, bak kata senior paling selamat. Huhuhu. Jadi, diorang dah dapat duit syiling dan dah settle bergayut, diorang pun naik dorm dan berbaring di katil atas bertiga. Ingatkan nak tidur, rupanya sambung borak.
So dalam pukul 2 pagi, aku terdengar salah sorang dari mereka menjerit kecil, aku terjaga, pastu tidur balik (hahaha). Lepas jerit tu tak lama kemudian mereka bertiga pun tidur. Dalam pukul 3 pagi macam tu, aku terjaga lagi sekali, tapi bukan sebab menjerit kecil tetapi sebab menjerit bak orang histeria. Yang menjeritnya Kakyong, so aku terjaga terus duduk mengadap katil Wyn, Kakyong dan Aty ni.
Tetapi disebabkan aku tengah ‘loading’ time tu, aku mampu tengok je apa Kakyong buat. Dia jerit dan terus lompat ke katil bawah yang single tu (tapi bukan tu je yang aku nampak). Lepas lompat tu Kakyong back to normal tapi muka dia ketakutan bercampur blurr. Paling best aku seorang je yang nampak apa yang berlaku, yang lain terjaga lepas Kakyong lompat dari katil atas. Aku tak cakap apa, terus aku tidur dengan kawan aku kat katil bawah tanpa cerita apa yang aku nampak. Malam itu satu dorm tidur bukak lampu.
Esoknya, semua budak dorm takut nak dekat dengan Kakyong. Dan paling pelik, Kakyong dengan Wyn macam bergaduh, tiba-tiba je diorang macam jauhkan diri antara satu sama lain. So aku buat-buat berani dan aku tegurlah Kakyong.
Aku tanya Kakyong, "Yong, kau ingat tak apa jadi malam tadi? Korang tidur bertiga kan?"
Terus Kakyong muka nak nangis sambil cerita dengan aku dalam ketakutan. Budak-budak dorm pun pasang telinga. Dia kata, malam tadi pukul 2 pagi (yang aku dengar ada jeritan kecil tu) diorang bertiga nampak ada benda hitam berlari atas locker. Dah cuak, diorang pun terus tidur.
Lepas tu dia jerit-jerit malam tadi sebab Wyn tiba-tiba mencekik dia dengan muka yang sangat-sangat marah. Lepas tu Aty mencelah, "Kita tidur bawahlah malam tadi lepas habis borak.".
Lepastu aku pandang Wyn, Wyn betul-betul menafikan yang dia cekik Kakyong. Wyn kata, dia terjaga sebab Kakyong menjerit, tak sempat buat apa-apa terus kena cekik. No wonderlah diorang tiba-tiba macam menjauhkan diri. Dan aku tahu Wyn tak tipu. Jadi aku pun cerita secara detail.
Malam tu masa Kakyong terjerit-jerit macam orang gila tu, aku nampak Kakyong cekik diri dia sendiri. Selepas tu Wyn yang tidur sebelah Kakyong terjaga, terus Kakyong cekik Wyn.
Dalam masa yang sama aku nampak ada lembaga warna hitam bersama dengan diorang atas katil tu (aku ingatkan Aty). Lepas dia cekik Wyn, dia terus lompat dengan sangat tinggi untuk ke katil bawah. Muka Wyn, Kakyong dan Aty terkejut bercampur takut. Kakyong pun cakap, part dia lompat tu dia kata dia tak ingat. Sedar-sedar dah ada kat katil bawah.
Budak-budak dorm yang pasang telinga sekali tu pun terkejut dan cakap, mungkin disebabkan Wyn, Kakyong dan Aty tak suci atau tersalah ‘langgar’ kawasan semasa cari duit syiling dan ‘benda’ tu marah ikut mereka bertiga balik ke dorm? Wallahu’alam.
Jadi nak elakkan kejadian tu berlaku di dorm kami lagi, kami pun buat bacaan Yaasin niat nak sucikan balik dorm tu. Syukur takda siapa yang cedera. Wyn, Kakyong dan Aty pulak berminggu-minggu menjauhkan diri antara satu sama lain sebab takut perkara seakan itu terjadi lagi.
Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com
Sumber 'Yong, kau ingat tak apa jadi malam tadi?'
Tags:
thereporter