Usaha Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk merealisasikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah yang melibatkan 2 peratus dari pendapatan suami, mendapat tentangan segelintir suami yang berang gaji mereka diusik.
Ini kerana bagi mereka, manifesto itu dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan yang perlu menyumbangkan duit tersebut kepada isteri mereka. Malah golongan ini memberikan alasan sudah cukup mereka memberikan duit nafkah selama ini dan tidak perlulah kerajaan memandai-mandai nak memotong 2 peratus dari gaji mereka untuk diberikan kepada akaun KWSP isteri.
Perkara ini menimbulkan banyak reaksi netizen khususnya golongan isteri yang mengkritik pandangan segelintir golongan suami itu yang dianggap sebagai kedekut dan berkira dengan isteri sendiri. Kata mereka, mungkin masih ada suami yang tidak faham dengan usaha Dr Wan Azizah.
Oleh yang demikian, Mohamad Ali Taib, tampil memberikan penjelasan yang mudah bagi golongan suami memahami manfaat dan keuntungan yang diperolehi dari manifesto berkenaan.
WAHAI suami-suami yang tak berapa nak cerdik di luar sama. Kami bantu buat pengiraan untuk anda. Suami berumur 30 tahun bergaji RM3,000 mencarum untuk isteri, suri rumah.
- Bulanan 2% gaji = RM60
- Termasuk dana = RM60 + RM50 = RM110
- Setahun terkumpul = RM1,320
- Termasuk dividen 5% = RM1,386
Jika suami bersara pada umur 55 tahun, telah mencarum selama 25 tahun. Selama 25 tahun, KWSP isteri berjumlah = RM65,000.
Gaji suami yang digunakan, RM60 x 12 bulan x 25 tahun = RM18,000.
Jika isteri pulangkan semula RM18,000 itu kepada suami (kononnya macam tolong simpan untuk suami), isteri masih dapat baki RM47,000 tanpa buat apa-apa pun.
Jadi, dengan 2% sebulan, di waktu persaraan suami dapat kembali wang terkumpul RM18,000 dan isteri dapat duit free RM47,000. Rugi ke?
Ada golongan yang tahu perabih duit dan ada yang tahu buat duit. Silalah jadi orang yang pandai buat duit.
BERITA BERKAITAN:
Sumber '2% bukannya banyak, bila bersara nanti suami dapat RM18K, isteri dapat RM47K'
Tags:
thereporter