Terpengaruh dengan mesej tular yang mendakwa akan ada orang lain yang mengundi menggunakan nama mereka menyebabkan sebilangan besar pengundi keluar serentak ke pusat pengundian sehingga menyebabkan kesesakan, demikian kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lapor Berita Harian.
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, ekoran mesej tular itu, pengundi terpaksa beratur panjang di pusat pengundian, sedangkan SPR sebelum ini sudah memaklumkan supaya pengundi merancang dan keluar mengundi secara berperingkat agar tidak berlaku keseksakan dan terpaksa beratur panjang.
"Difahamkan, ada kes pengundi meninggal dunia namun ia adalah kejadian di luar jangka dan SPR sudah mengambil tindakan sewajarnya.
"Bagi pihak SPR, saya merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa serta meminta SPR negeri untuk mengambil langkah sewajarnya," katanya memetik laporan dari Berita Harian.
Selain itu, beliau mengatakan SPR tidak akan melanjutkan waktu mengundi dan pusat pengundian akan tetap ditutup pada jam lima petang hari ini.
Berkenaan dengan dakwaan yang tular di media sosial kononnya kertas undi tidak dicop di sebuah pusat mengundi, hasil semakan SPR mendapati kejadian itu tidak berlaku sama dan sekiranya berlaku, ia adalah kes terpencil.
"Namun, SPR menjelaskan bahawa jika berlaku kesilapan itu, ia adalah kes terpencil dan pengundi diminta tidak bimbang kerana sekiranya Ketua Tempat Mengundi berpuas hati bahawa kertas undi dikeluarkan secara sah dan ia hanya kesilapan petugas dalam salurannya, maka Ketua Tempat Pengundi berkenaan tidak boleh menolak mana-mana kertas undi dalam keadaan ia telah dikeluarkan secara sah.
"Pengundi diminta agar tidak terpedaya dengan mesej tular yang kononnya SPR melakukan penipuan dengan cara demikian kerana proses ini turut disaksikan oleh semua pihak berkepentingan termasuk ejen calon.
"SPR percaya mesej tular itu cuba menimbulkan situasi panik dan curiga di kalangan pengundi terhadap SPR..
"Berhubung dakwaan undi pos tidak sampai kepada pengundi, SPR sudah menerima aduan mengenai perkara itu dan akan menyiasat masalah atau punca berlakunya kelewatan penghantaran sehingga menyebabkan pengundi tidak menerima kertas undi," katanya.
Selain itu, Mohd Hashim berkata mesej tular mengenai seorang remaja ditahan kerana didakwa membawa kertas undi palsu di sebuah pusat mengundi di Port Dickson, Negeri Sembilan katanya pihak yang menahan remaja itu sepatutnya membuat laporan polis bukan tularkan media sosial.
Dalam laporan Astro Awani, sehingga jam dua petang tadi, jumlah peratusan pengundi keluar mengundi telah mencapai lebih 61.08% telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka. SPR sebelum ini telah menyatakan sasaran keluar mengundi untuk PRU14 ialah 85 peratus.
"Ini berbeza berbanding PRU lalu, menampakkan kesungguhan pengundi untuk keluar mengundi," katanya.
Sumber 61% sudah keluar mengundi, Pusat Pengundian sesak kerana ramai keluar serentak
Tags:
thereporter