Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangunan di pusat pentadbiran kerajaan itu juga dilihat boleh dipertingkatkan pada masa hadapan.
"Kita boleh berbangga dengan Putrajaya, ramai sungguh orang asing datang melihat Putrajaya, kalau mereka jadi pegawai dalam, kerajaan cita-cita mereka tidak lain tidak bukan supaya negara mereka juga ada satu Putrajaya.
"Kalau kita pergi Kazakhstan, ibu kota dipindah supaya ditempatkan di tempat bernama Astana kerana meniru contoh Putrajaya," katanya semasa berucap pada Majlis Jelajah Harapan di sini hari ini.Dalam pada itu Dr Mahathir melihat kepentingan infrastruktur dan perumahan mampu milik menjadi asas keperluan pekerja kerajaan di Putrajaya.
Putrajaya merupakan satu bandar terancang, 25 kilometer dari selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia.
Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur sendiri.
Sumber Banyak lagi boleh dibuat untuk pembangunan Putrajaya - Tun M