Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan memberi tumpuan untuk merealisasikan janji penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mereka yang berpendapantan di bawah RM4,000.
"Selagi gaji belum mencecah RM4,000, mereka tidak perlu bayar. Kita tidak tetapkan tempoh-tempoh tertentu. Namun jika mereka tetap ingin membayarnya, kita amat alu-alukan.
"Kita juga akan berhubung dengan pihak Imigresen untuk tamatkan sekatan peminjam ke luar negara," katanya kepada media minggu lalu.
Bagaimanapun, lain pula di fikiran mereka yang menanggung hutang PTPTN bahawa ini adalah satu kesempatan bagi mereka menghentikan pembayaran pinjaman, sedangkan kenyataan menteri pendidikan itu hanya sekadar kenyataan yang belum dimuktamadkan.
Seperti yang diceritakan oleh @beylaYH, pihak PTPTN banyak menerima panggilan dari peminjam yang bertanyakan bagaimana mahu menghentikan bayaran PTPTN yang dibuat secara potongan gaji.
AKU baru balik dari office PTPTN. I'll tell you guys current situation at PTPTN office. This is a thread.
Aku pergi PTPTN tadi sebab nak buat potongan gaji untuk pembayaran. Since kalah harap diri sendiri nak bayar, mesti liat kan? So aku pergi kaunter dan beritahu nak potong gaji.
Dua orang staff kaunter itu terus cakap, "Bagus awak nak potong gaji. Semua orang nak stop potong gaji".
Aku macam blur-blur lagi. Eh? Selepas itu kakak yang layan aku pun bercerita.
"Dari pagi kami terima call, saya pun since subuh tadi. Orang call tanya macam mana nak stop potongan gaji. Semua orang nak stop bayar. Sebab?
"Sebab keluar pengumuman yang gaji di bawah RM4,000 tak perlu bayar. So mindset semua orang, terus stop tak nak bayar," katanya.
Aku pun tanya tentang mansuh blacklist itu macam mana?
"Itu baru sekadar kata-kata, belum ada apa-apa yang rasmi. Maksudnya tiada tindakan rasmi. Tetapi kalau dijalankan secara rasmi selepas ini, kami pun seronok," katanya.
Ye, aku pun suka weh! Siapa suka kena blacklist. Hahaha!
"Tapi itulah, jalan-jalan boleh, bayar (hutang) PTPTN tak boleh," akak burnnn!
Kemudian kakak itu buat luahan hati pada aku. Aku tak faham sangat, tetapi lebih kurang begini:
"Semua orang tak nak bayar hutang sedangkan PTPTN sendiri berhutang dengan Bank Negara. Jadi, siapa nak tanggung orang-orang yang tak nak bayar dan yang pinjaman depan-depat lagi ini?
"Hutang negara sekarang meningkat, siapa nak bayar? Mampu ke negara nak tanggung semua?" katanya.
Dia sedih. Mindset orang, bila dikecualikan untuk gaji RM4,000 ke bawah, terus nak stop walaupun sebelum ini dah buat potongan gaji pun. Nak tunggu bayar bila? Sebab sama saja, kena bayar juga.
Aku pun terus ada kesedaran selepas mendengar luahan kakak ini. Aku pergi buat pun sebab parent aku cakap dengan negara kita boleh dikecualikan, tetapi dalam agama, hutang tetap hutang. Kena bayar walaupun sikit-sikit.
By the way, aku tak jadi buat potongan gaji sebab kakak itu kata nanti effect masa depan kalau nak buat loan untuk kereta atau rumah dan lain-lain. So buat direct debit saja.
Doakan rezeki aku murah nak bayar bali kduit yang aku guna untuk hidup masa diploma dulu. Aamiin. Assalamualaikum.
Sumber 'Bila umum gaji bawah RM4K tak perlu bayar PTPTN, ramai nak stop bayar sedangkan...'
Tags:
thereporter