BTS Terima Penghargaan Dari Negara Sepanyol

Kumpulan sensasi, BTS (Bangtan Boys) terus mengukir kejayaan demi kejayaan serta sejarah tersendiri.

Terbaru, artis di bawah naungan agensi BigHit Entertainment ini sekali lagi mengukir prestasi membanggakan. Kali ini, BTS mencipta sejarah sebagai kumpulan KPop pertama yang mendapatkan penghargaan dari negara Sepanyol.

Lapor AllKpop, BTS menerima penghargaan menerusi kategori 'World Category' dan 'Spain Category' pada anugerah 'The Hall Of Stars Awards 2018' yang berlangsung baru-baru ini di kota Madrid.

Perkiraan undi bagi kategori 'World Category' itu dilakukan oleh para peminat di seluruh dunia kecuali negara Sepanyol. Sedangkan untuk 'Spain Category' hanya boleh diundi oleh para peminat yang berasal dari Sepanyol.

Meskipun BTS belum pernah mengadakan konsert di negara tersebut, namun tujuh anak muda ini membuktikan populariti mereka tidak hanya tinggi di negara Korea Selatan saja, namun sehingga ke benua Eropa.

Ini bukan pertama kalinya BTS mendapatkan penghargaan dari negara lain. Pada tahun 2017 lalu, BTS berjaya membawa pulang trofi menerusi acara penghargaan Billboard sekaligus menjadi bualan hangat ramai di negara Amerika.

Sementara itu, BTS ketika ini sedang membuat persiapan untuk kemuculan semula yang dijangka pada bulan depan. Selain itu BTS akan melancarkan album terbaru mereka yang bertajuk Love Yourself: 'Tear' pada 18 Mei ini.



Sumber BTS Terima Penghargaan Dari Negara Sepanyol

Post a Comment

Previous Post Next Post