Dah Bertudung, Mulan Jameela Lelong Baju Seksi, Ketat

Perubahan drastik penyanyi popular Indonesia, Mulan Jameela telah di sedari kalangan peminatnya sejak dia pulang dari Palestin pada April lalu.

Kemudian niat untuk hijrah dan mahu kekal berhijab ditunaikan tiga hari sebelum kedatangan Ramadan.

Meskipun ada kalangan netizen Indonesia mendakwa perubahannya itu hanya kerana ketibaan bulan Ramadan, namun isteri kepada penyanyi dan pengasas kumpulan Dewa, Ahmad Dhani ini menyangkal dakwaan tersebut.

Menurut Mulan, keputusannya berhijab sudah bulat. Ia berniat mahu terus memakai tudung walaupun bulan Ramadan sudah berlalu nanti.

Demi menunjukkan keseriusannya, bekas rakan duet Maia Estianty itu berniat untuk melelong baju-bajunya yang ketat dan seksi.

"Ya mungkin habis ini aku sortir. Banyak banget baju-baju nyanyi yang ngetat di badan.

"Rasanya enggak mungkin dipakai lagi. Teman aku ngajak sih dilelang," katanya seperti yang dilaporkan WowKeren.com

Penghijrahan Mulan mendapat pelbagai reaksi postif peminatnya yang rata-rata mendoakan agar penyanyi yang pernah popular dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi ini mudah-mudahan terus istiqamah.

"Mantap semoga selalu istiqomah," tulis akun @tug**tri. "Mantap tth mulan meni cantik .. smoga istiqomah teteh amiin," sahut akun @elvit***93.

"Makin cantik dngn jilbab.semangat hijrah teh @mulanjameela1," balas akun @mojang_****ai. "Cantiknya mb mulan semoga istiqomah," tambah akun @superskin360_f****nskincare.



Sumber Dah Bertudung, Mulan Jameela Lelong Baju Seksi, Ketat

Post a Comment

Previous Post Next Post