KUALA LUMPUR, 3 Mei ― Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin meramalkan Kedah dan Perak bakal jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH).
Yakin PH mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang pada PRU14, beliau yang kini berkempen untuk PH sejak dua hari lalu, juga menjangka peluang menang di Johor dan Sabah adalah 50-50.
Ahli politik veteran itu memberitahu Nanyang Siang Pau hari ini, Negeri Sembilan boleh ditawan jika PH mengetengahkan calon menteri besar yang baik dan Umno negeri tersebut gagal menyelesaikan masalah dalaman.
Beliau yang pernah meramal BN kalah di Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008, turut menolak PAS sebagai “king maker”, malah menjangka parti itu yang menguasai Kelantan sejak 1990, mungkin kalah kepada BN.
Namun, Daim mengakui tidak pasti sama ada PH mampu menawan Putrajaya tetapi percaya gelombang “tsunami Melayu” tidak perlu kerana pembangkang cuma memerlukan tambahan 10 peratus sokongan pengundi Melayu.
Baca seterusnya di Malay Mail
Sumber Daim ramal Pakatan tawan Kedah, Perak, PAS hilang Kelantan