Hukuman yang dijatuhkan terhadap kedua-dua pemain itu berkuatkuasa 12 Januari lalu, sekali gus menjadi hukuman paling berat daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) setelah dilarang untuk beraksi dalam sebarang kejohanan dan tidak dibenarkan terlibat dalam semua aktiviti badminton, termasuk bergelar jurulatih, pegawai atau terbabit dalam program pembangunan.
Zulfadli didapati melakukan 27 kesalahan di bawah kod tatatertib 2012 dan 2016 sehingga menyebabkannya digantung 20 tahun dan perlu membayar denda berjumlah USD25,000 (RM98,000) manakala Chun Seang dengan 26 kesalahan kod tatatertib 2012 berhubung kes pertaruhan dan mengatur perlawanan serta denda USD15,000 (RM59,000).
BACA: Atur perlawanan: Pemain badminton, Zulfadli dan Chun Seang digantung BWFBagaimanapun, kedua-duanya mempunyai 21 hari untuk melakukan rayuan tetapi perlu berdepan risiko sama ada keputusan itu dapat dikurangkan, kekal atau ditambah.
"Hari ini merupakan hari yang menyedihkan buat sukan badminton, khususnya di negara kita.
"Mereka perlu membayar USD500 (RM1,963) sebagai deposit tetapi harus terlebih dahulu membayar penalti untuk mengemukakan rayuan," kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria.
Zulfadli dan Chun Seang dilaporkan terlibat dalam skandal mengatur perlawanan selepas seorang pemain luar negara membuat laporan kepada BWF bagi enam kejohanan sejak 2013 sehingga 2016.
Sumber Digantung BWF: Zulfadli, Chun Seang miliki 21 hari untuk merayu