KUALA TERENGGANU : Perkhidmatan helikopter digunakan bagi membawa petugas bersama peti undi serta peralatan ke dua pusat pengundian di Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Sumber Guna helikopter angkut peti undi ke pusat penjumlahan undi
Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry berkata inisiatif yang julung kali dilaksanakan itu bagi memastikan pergerakan petugas tidak terjejas ekoran faktor cuaca.
Menurutnya proses pengundian di kedua-dua pulau berkenaan telah ditutup pada jam 3 petang."Kita mengambil kira bahawa faktor cuaca atau pun faktor keadaan laut. Sekiranya laut bergelora, peti berkenaan inshallah akan sempat sampai ke pusat penjumlahan rasmi undi. Perkara ini tidak boleh kita ambil mudah. " kata Nik Andy.
Seramai 946 pengundi berdaftar di Pulau Redang manakala 817 pengundi di Pulau Perhentian.
Beliau berkata proses pengundian juga berjalanan lancar tanpa dicemari sebarang insiden tidak diingini.
Sumber Guna helikopter angkut peti undi ke pusat penjumlahan undi
Tags:
Viral AA+