Beliau hanya menamatkan pengajiannya di Tingkatan Lima dan bekerja sebagai kerani di sebuah bank dan juga membuat kerja sampingan sebagai ejen insurans. Ayahnya pula merupakan seorang pemandu lori.
Namun tidak ada siapa yang dapat menjangka kerani tersebut kini merupakan seorang jutawan yang telah dicatatkan sebagai jutawan Malaysia yang ke-9 dengan memiliki aset berjumlah RM 4.2 bilion. Tan Sri Vincent Tan adalah pemilik nama jutawan yang tidak asing lagi pada pendengaran kita.
Beliau merupakan pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Majalah Forbes telah menyenaraikan beliau dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset sebanyak RM4.2 bilion.
Pada 23 Februari 2012, beliau mengumumkan dirinya bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) diberikan kepada anak sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong.
Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa jenama makanan segera terkenal iaitu McDonald’s ke negara ini. Antara lain perniagaan yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent adalah syarikat perjudian Sports Toto (memperoleh lesen daripada kerajaan untuk menjalankan perniagaan perjudian tersebut pada tahun 1985), rangkaian francais 7-Eleven, Starbucks, Kenny Roger’s Roasters dan juga pengedar Mazda di Malaysia. Syarikat beliau juga merupakan antara pemegang saham terbesar U-Mobile.
Beliau juga telah mengorak langkah dengan mengambil alih 30% saham kelab bola sepak Inggeris, Cardiff City pada tahun 2010 bernilai £6 juta. Selain daripada itu, laman sosial Friendster yang terkenal suatu ketika dulu pernah dimiliki oleh Tan Sri Vincent (dibeli pada 2009) sebelum beliau mengambil keputusan untuk menjualnya kepada Facebook dan mendapat 700,000 unit saham Facebook sebagai balasan.
Morvin Tan, anak kepada Tan Sri Vincent Tan turut berkongsikan kisah di sebalik pembukaan McDonald di Malaysia di laman Instagram semasa menyambut hari kelahiran Vincent Tan ketika itu.
Ketika ayahnya masih bekerja sebagai ejen insurans, ayahnya menemani seorang pelanggannya ke klinik, dan beliau membaca majalah Times yang diletakkan di ruangan menunggu. Ketika membaca majalah tersebut, dia berasa kagum dan tertarik dengan sebuah artikel yang bertajuk “The Burger That Conquered The World”. Dia sangat terinspirasi dengan cerita McDonald dan percaya syarikat itu juga mempunyai potensi untuk menguasi pasaran di Malaysia juga.
Sejak dari itu, dia menulis kepada ibu pejabat McDonald sekurang-kurangnya sekali seminggu. Suatu hari, dia menerima maklum balas dan mereka memintanya supaya berhenti kerana sudah terlampau banyak surat yang mereka terima.
Namun, maklum balas tersebut tidak memberikan kesan kepada dirinya. Beliau tetap menghantar surat kepada ibu pejabat McDonald tetapi kali ini kiriman surat tersebut dihantar sebulan sekali.
Usaha dan kesungguhan Vincent Tan membuatkan pihak McDonald's telah melantik beliau sebagai pemegang francais di Malaysia.
“Bagaimanpun, McDonald memutuskan untuk memilih bapa saya kerana kegigihan dan daya tahan yang dia tunjukkan selama ini. Selebihnya, sebagaimana yang mereka kata, adalah sejarah.” kata Morvin
“Secara jujurnya saya katakan perkara ini adalah mustahil jika tidak kerana kemahiran saya dalam Bahasa Inggeris yang membolehkan saya meyakinkan pihak McDonald's bahawa saya adalah orang yang tepat untuk membantu perkenalkan dan mengembangkan francais McDonald's di Malaysia” kata Vincent Tan ketika berucap di Batu Pahat.
Kisah di sebalik kejayaan Tan Sri Vincent Tan ini memberikan inspirasi kepada semua tentang usaha yang berterusan dan tidak pernah cepat berputus asa. Di samping itu juga penguasaan bahasa Inggeris amat penting untuk memastikan kejayaan kita dinilai dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Sumber Inspirasi: Dari seorang kerani bank menjadi jutawan ke-9 miliki aset RM4.2 bilion, Tan Sri Vincent Tan
Tags:
thereporter