Malah, Mastura yang juga seorang ibu tunggal tidak dapat menahan sebak melihat keperitan hidup warga emas itu.
Dalam lawatannya pada pagi Selasa, Mastura yang mesra dikenali sebagai Kak Mas di kalangan penduduk Kuala Kangsar, membincangkan cara terbaik untuk membantu wanita berkenaan sambil berlinang air mata.
Difahamkan, bantuan rumah untuk wanita itu diluluskan sebelum ini namun projek membaik pulih tidak dapat dijalankan kerana masalah tanah dan waris.
Menurut Mastura, beliau berharap diberi mandat sekali lagi kerana semangat untuk terus membantu rakyat makin bersemarak tiap kali beliau bertemu masyarakat.
"Saya rasa terlalu banyak perkara yang masih perlu dibuat. Dalam dua tahun sebelum ini, banyak perkara saya berjaya lakukan. Bayangkan kalau saya diberi masa lima tahun."Perancangan akan datang, saya hendak merangka rancangan lima tahun, duduk bersama ketua-ketua kampung dan agensi untuk berkongsi pelbagai idea untuk masyarakat Kuala Kangsar.
"Idea itu nanti akan merangkumi semua peringkat masyarakat di Kuala Kangsar dan bukan hanya menetapkan sasaran tertentu," katanya kepada pemberita ketika melawat rumah penduduk sekitar Kampung Bekor, di sini.
Ketika ditanya perasaannya dapat berkempen buat kali pertama, Mastura menyatakan rasa terharu dengan sambutan baik penduduk Kuala Kangsar.
Malah, beliau juga secara tidak langsung dapat memahami dan menyelami perasaan empat anaknya yang berkempen buatnya semasa pilihan raya kecil Kuala Kangsar pada 2016.
Anak-anak calon BN agresif berkempen
"Saya boleh bayangkan apa dilalui anak-anak saya berempat ketika mereka berkempen tanpa saya, dengan tekanan-tekanan lain yang ada.
"Saya ingin ucap terima kasih kepada jentera BN. Tanpa mereka, saya tak boleh capai kejayaan. Saya juga ucapkan terima kasih kepada anak-anak saya.
"Terima kasih daripada ibumu, terima kasih kepada rakyat Kuala Kangsar kerana teruskan perjuangan bangsa dan negara," ujarnya.
Datin Mastura mulakan tugas sebagai MP Kuala Kangsar
BACA: Kemenangan untuk rakyat Kuala Kangsar - Mastura Yazid
BACA: BN kekal kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 undi
Sumber Jerih payah hidup rakyat Kuala Kangsar dekat di hati Mastura