Inovasi kad raya yang berubah kepada teknologi Hologram. (Gambar: Rojak Daily Skop!)
Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini mengumumkan inovasi terbaru mereka menerusi kad raya dengan teknologi 3D Hologram.
Kad Raya Hologram ini didatangkan dengan dua corak yang mana setiap satunya mewakili video yang sama.
Bagi melihat video hologram 3D ini, pengguna terlebih dahulu perlu memuat turun aplikasi Hologram Raya di Play Store dan App Store daripada telefon pintar mereka.
Setiap pembelian kad ini turut menyediakan projektor plastik hologram yang perlu diletakkan pada skrin telefon pintar. Letakkan di atas dan kemudian mainkan video tersedia pada aplikasi terbabit.
Dengan harga RM12, setiap pek kad ucapan mengandungi 1 kad ucapan raya, 1 sampul surat berserta setem 50sen, 1 projektor plastik dan satu lagi poskad tambahan filem Pulang edisi terhad.
EVOLUSI KAD RAYA BAGI 2018
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, evolusi teknologi memudahkan pelbagai urusan seharian termasuk bertukar ucapan raya.
Generasi Y terutamanya mencari sesuatu yang berbeza daripada penggunaan mesej pesanan ringkas atau media sosial.
“Kami tidak sabar untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri 2018 ini dan berharap gabungan kedua-dua teknologi dan tradisi menghantar kad ucapan raya ini akan menjadikan perayaan ini lebih meriah,” katanya.
Sumber Kad Raya Makin Canggih, Siap Ada 3D Hologram