Sebagai ibu bapa, pastinya kita mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Namun adakalanya ada insiden yang berlaku di luar jangkaan dan jika lambat ditangani, pasti ia akan memudaratkan.
Puan Hani Mynis baru-baru ini berkongsi tentang Medical Kit yang ibu bapa mungkin boleh sediakan untuk anak-anak. Medical Kit tersebut banyak mengandungi barang-barang penting untuk anak dan sebagai langkah awal bagi menangani sebarang masalah yang timbul.
Menurut Hani, produk-produk yang dikongsikannya itu adalah berdasarkan saranan dari rakan-rakan dan juga pengalamannya menggunakan produk tersebut. Jadi, wajarlah ibu bapa baca dan mungkin ia boleh memberikan manfaat untuk kita semua.
SEBENARNYA saya dah pernah kongsi must-have items dalam medical kit anak ini tahun lepas. Tetapi kali ini saya kongsikan sekali lagi dengan penerangan yang lebih terperinci dan kegunaan setiap satu item dalam kit Aqil ini.
Bagi saya, kalau ada anak kecil, medical kit ini memang wajib ada. Lebih-lebih lagi kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita, memang kena usung bawa pergi ke mana-mana dan barang-barang pun kalau boleh cuba untuk selengkap boleh sebab anak kecil ini kadang-kadang tak terduga bila dia nak demam, selesema atau tiba-tiba main terjatuh dan luka pula di bahagian lutut.
Kalau boleh, sediakan satu bekas khas untuk anak yang boleh dibawa travel. Boleh gunakan bekas plastik atau kain (pouch). Saya guna bekas plastik lutsinar agar, senang nak disimpan dan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat saya. Jangan lupa dilabelkan ya.
Jadi, post ini panjang berjela. Boleh tengok apa item yang saya masukkan dalam kotak medical kit Aqil Miqail ini. Kalau ada idea nak tambah apa-apa, bolehlah kongsikan juga.
1. Masukkan semua dalam satu bekas. Semua saya sumbat dalam bekas ini. Bila berjalan jauh, memang wajib bawa.
2. Paling penting, termometer! Ini senjata utama saya kiranya, resah kalau tiada termometer atau baterinya mati. Sepanjang empat tahun Aqil, dah macam-macam termometer saya cuba dan ini tips saya untuk pilih termomter.
Untuk anak kecil, jangan pilih termometer yang kena ukur suhu badan dengan meletakkan termomter di bawah lidah atau ketiak. Bercintalah kalau nak dapat kerjasama dia untuk ukut suhu bawah lidah dan ketiak dia lama-lama.
Sebaik-baiknya pilih yang jenis infrared itu. Tembak ke dahinya dan terus dapat bacaan suhu badan.
Sekurang-kurangnya sukat suhu di dahi atau dalam/belakang telinga itu, memadai. Beli yang jenis digital, bukan yang tengok perubah warna itu. Lebih yakin. Tetapi saya ada juga satu incase of emergency jika bateri alat pengukur suhu digital sudah habis.
Sekurang-kurangnya sukat suhu di dahi atau dalam/belakang telinga itu, memadai. Beli yang jenis digital, bukan yang tengok perubah warna itu. Lebih yakin. Tetapi saya ada juga satu incase of emergency jika bateri alat pengukur suhu digital sudah habis.
Beli yang ada lampu bila ditekan (waktu malam, bolehlah kita nampak berapa nombor yang dipaparkan). Kalau boleh yang ada menghasilkan bunyi amaran sekiranya suhu badan anak tinggi melebihi 37.5'C (dah demam, low fever) ataupun keluarkan cahaya amaran. Saya pernah guna jenis termometer digital jenis ini sebelum ini, terbaik).
3. Nasal Spray. Ini senjata kedua saya. Kalau Aqil selesema, pernafasannya tidak selesa sebab saluran hidungnya tersumbat ke apa, saya sembur saja sterimar ini ke dalam hidungnya. Sekarang dah jarang guna sebab dia sudah pandai menghembus hidungnya sendiri kalau selesema. Tetapi sesekali kena sembur juga. Wajib ada kalau anak kecil berusia tiga tahun ke bawah.
4. Paracetamol Syrup. Untik dia demam, sentiasa restock dalam medical kit Aqil sebab dia ada sejarah sawan semasa demam. Bila dia demam, saya jadi extra extra cautious. Wajib ada.
Kalau dah buka botol baru ini, saya mesti beli satu botol yang baru sebagai back up secepat mungkin. Kebanyakan ubat sirap di farmasi sekarang dah bekalkan cawan dos siap-siap, bawa sekali masuk dalam kit. Semasa membeli kena tengok paracetamol yang dibeli berapa dosnya supaya kita boleh kita boleh kira sendiri berapa ML nak beri anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak).
5. Syringe untuk beri anak makan ubat. Tiga-tiga volume saya adakan. 10ml, 5ml dan 3 ml.
6. Nappy Cream. Walaupun ada bermacam-macam jenama, saya rasa ini yang terbaik dan saya gunakan sejak dia baby, tak pernah nak tukar kepada jenama lain. Kalau punggungnya merah ke apa, letak ini, tak sampai sehari merahnya hilang.
7. Antibacterial powder. Kalau anak terasa gatal atau miang badan, ini wajib saya sapukan. Kiranya ini rawatan awal.
8. Botol spray untuk isikan air kosong dan spray dan basahkan rambut dan kepalanya, ketiak, pelipat lutut dan paha semasa dia demam. Ini sedikit sebanyak membantu menurunkan suhu badan yang panas. Sebab dia kadang-kadang rimas kalau letak kain di dahi. Tetapi kena paksa juga.
9. Nasal aspirator untuk kegunaan semasa Aqil baby - 1 tahun lebih untuk sedut hingus dia. Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya walaupun sweet. Sebab mulut kita orang dewasa ada macam-macam bakteria. So, it's unhealthy and unhygienic.
10. Calamine lotion. Ini second treament selepas antibacterial powder tadi. Kalau anak masih mengalami kegatalan, saya cuba dulu sapu losyen ini sebelum bawa anak pergi ke klinik jumpa doktor. Sekurang-kurangnya beri sedikit kelegaan pada anak dengan losyen yang sejuk. Lebih-lebih lagi masa dia kena ruam panas dulu.
11. Ubat selesema yang didapati dari klinik. Simpan satu yang belum buka sebagai back up. Sekali dengan cawan dos yang diberikan. Saya selalu tulis tarikh bila dapat ubat ini di bawah botol.
12. Aloe vera gel. Yang ini magical! Selepas magic span, ini benda kedua yang saya rasa magik sebab banyak kegunaannya. Paling saya suka guna bila Aqil demam. Saya sapukan gel ini di tapak kaki dia, ketiak, pelipat paha dan bawah lutut, belakang leher (tengkok) dan paling penting di ubun-ubun (dahi). Kesannya sangat cepat, sekejap saja suhu dia dari 37.9'C turun ke 37.1'C dan turun lagi. Saya ada dua saiz di rumah, yang besar dan yang kecil ini khas untuk travel.
Kalau masak dan tangan secara tidak sengaja terkena kuali atau periuk panas, cepat-cepat saya sapu benda ini dan terus tak rasa sakit. Sejuk. Kalau kulit tangan kering pun saya guna gel ini untuk melembabkan sikit kulit tangan dan banyak lagi kegunaannya.
13. Paracetamol suppositories. Penyelamat! Sebab Aqil ada sejarah sawan semasa demam. Bila suhu dia 38.5'C, saya terus guna ubat ini dan masukkan dalam punggung dia. Fobia, huhu. Tetapi kena tahu juga jam berapa last makan ubat paracetamol syrup itu. Ini pun ada dua dos berbeza 120 mg dan 250 mg.
14. Mosquito repellent patch.
15. Hansaplast. Bila ada anak kecil dah mula dapat kaki dan melasak, memang kena adalah benda alah ini. Tiba-tiba saja main lari-lari selepas itu terjatuh dan luka di siku la, lutut la.
16. Aloclair spray untuk ulser. Saya mula-mula dapat tahu kewujudan ini masa Aqil kena HFMD dulu. Ada yang suggest guna ini dan saya rasa berterima kasih kepada individu yang suggest ini. Sebelum ini kalau ulser, saya sapu gel glycerin tapi habis digigitnya jari saya. Jadi, inilah pengganti gel glycerin untuk melegakan ulser dalam mulut.
17. Pengetip kuku
18. IV Kids. Saya guna ini sejak dua tahun lepas bila saya mencari minyak angin bersesuaian dan tidak terlalu panas untuk kembung perut Aqil. Tapi sebenarnya saya guna ini untuk pelbagai perkara. Untuk mspray di mandian lemon Aqil (kalau dia selesema), untuk urut-urut badan dia selepas mandi, sapu di perut kalau dia sembelit. Saiznya yang baru ini comel dan memudahkan untuk dibaw ake mana-mana dan muat dalam bekas kit Aqil ini.
19. Minyak Gamat
20. Normal Saline untuk basuh luka sebelum saya tampal hansaplast di luka itu. Kalau benda ini tiada di rumah, opsyen lain guna normal salin untuk mata dan lens itu. SAma saja, boleh digunakan utuk mencuci luka sebelum tampal hansaplast.
Sumber Kalau ada anak kecil, Medical Kit ini memang wajib ada
Tags:
thereporter