Difahamkan kandungan pelakon filem 99 Kali Rindu ini berada dalam keadaan yang baik dan kini memasuki usia 12 minggu.
Menurut Diana, biarpun dalam keadaan hamil, dia sempat menyertai misi kemanusiaan ke Bosnia baru-baru ini, dan hanya berdoa agar keselamatan bayinya terjaga sepanjang berada di sana.
“Alhamdulillah. Masa pergi Bosnia haritu untuk @misija4bosnia ada jugak rasa takut dalam hati nak pergi sebab tengah pregnant, tapi tawakal pada Allah untuk jaga keselamatan baby.
“Setakat ni semua nampak normal. Baby pun dok melompat-lompat je happy nak tunjukkan diri kat mummy aaa?? Hehehe..
“Khawlah nampak happy mula-mula nak tengok adik, pastu jadi takut. ‘Kenapa adik kaler biru’. Khadija pulak muka camni. Hahahhaa dia tak tahu apa-apa lagi. Bosan duduk dalam bilik doktor kot. Yayy awak nak jadi kakak khadija!!,” tulis Diana sebagai kapsyen pada gambar scan kandungan yang di muat naik.
Dalam pada itu, Diana turut meminta peminat mendoakan agar proses kehamilannya dipemudahkan dan bayi dalam kandungannya sihat dan menjadi anak yang soleh selain pengikat kasih sayang antara dia dan suami.
Diana mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohd Habibullah A. Rahman pada 26 Oktober 2013 dan memiliki dua cahaya mata perempuan iaitu Khaulah Al Azwar, 3 dan Khadija Azzehra, 1.
Sumber ‘Kenapa adik kaler biru?’